Sebuah media terkenal Thailand mendedahkan bahawa kelab BG Pathum United hampir pasti membawa masuk gandingan Diogo Luis Santo dan Teerasil Dangda mulai saingan pusingan ke-2 Thai League 1 2020/2021.

Portal SMMSport itu mendedahkan bahawa ketua jurulatih kelab tersebut menyatakan bahawa kedua-dua pemain itu sudah pun ‘done deal‘ dan hanya menunggu masa untuk terbang ke Bangkok.

Menurut artikel itu juga, Diogo dikatakan akan mula menyertai mereka pada bulan Disember nanti manakala Teerasil Dangda pula hanya akan kembali ke Thailand selepas saingan J1 League bersama Shimizu S Pulse tamat untuk pendaftaran pemain.

Pastinya gandingan yang dilihat cukup padu ini membuatkan ramai peminat bola sepak Thailand begitu teruja untuk menyaksikan gandingan 2 pemain hebat dalam aksi domestik tidak lama lagi, tambahan pula dengan status kedua-duanya yang menggerunkan.

BG Pathum United nampaknya begitu serius mempersiapkan skuad mereka untuk beraksi dalam saingan AFC Champions League 2021 dimana mereka ketika ini cukup selesa mendahului saingan Thai League 1.

Slot ke AFC Champions League dari Thailand bakal ditentukan menggunakan kedudukan pasukan apabila tamat pusingan pertama liga dan ketika ini BG Pathum United mengutip 29 mata dari 11 perlawanan, dan hanya berbaki 4 perlawanan lagi untuk mengesahkan tempat.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

8 Jenama Sukan Antarabangsa Berebut Hak Penajaan Kelengkapan Skuad Kebangsaan Thailand

Safawi Rasid Dalam Senarai Pemain Simpanan, Netizen Malaysia Teruja Menyaksikan Debut Berdepan FC Porto

‘Line Hilang’ Punca Perlawanan Terengganu Dan PJ City FC Ditunda Hampir 30 Minit?

Sumber