Sebuah media sukan Thailand semalam mendedahkan bahawa ketika ini ada 8 jenama sukan terkenal antarabangsa yang berebut untuk muncul sebagai penaja kelengkapan skuad kebangsaan Thailand.
Melalui kemaskini dari laman sosial Buaksib Ball, pihak Thai FA kini sedang meneliti bidaan yang diterima untuk skuad kebangsaan Thailand bagi tempoh 8 tahun mulai 2021 sehingga 2028.
Dari keseluruhan 8 jenama yang menghantar bidaan, 2 daripadanya adalah jenama sukan tempatan Thailand iaitu ARI dan GrandSport, manakala 6 lagi jenama adalah seperti Nike, Adidas, New Balance, Puma, Under Armour serta Mizuno.
Berdasarkan tinjauan kami, hampir 1,000 komen diberikan oleh penyokong bola sepak Thailand dimana majoriti daripadanya mahukan skuad kebangsaan Thailand menggunakan jenama tempatan.
Beberapa faktor utama yang dapat diperhatikan dari komen-komen tersebut adalah seperti kebanggaan menggunakan jenama tempatan, mengurangkan risiko ‘copy ori’, serta yang paling penting adalah berkaitan harga jersi itu nanti.
“Tidak perlu fokus kepada branding, beri tumpuan kepada tahap mampu beli dan senang dijual kerana jika memberikan perhatian kepada branding, harga akan menjadi lebih tinggi dan penyokong tidak mampu memilikinya.”
“Jenama dari Thailand dalam ekonomi seperti ini. Kita perlu menyokong jenama tempatan untuk survive. Kenapa mahu pilih jenama luar?”
Itu adalah beberapa komen yang dipetik dari laman tersebut dan jelas penyokong bola sepak Thailand mahu jenama tempatan mereka menghasilkan jersi skuad kebangsaan Thailand untuk tempoh 8 tahun akan datang sekurang-kurangnya.
Bagaimana dengan kita?
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
TMJ: “Menggunakan Dana Kerajaan Hanya Bermaksud Penswastaan Yang Berpura-Pura.”