Bayern Munich tanpa berbelit ke sana sini, menyuarakan minat mereka untuk mendapatkan Erling Haaland sebagai pengganti jangka panjang untuk Robert Lewandowski.
Bayern Munich dahulunya mendapatkan Lewandowski secara percuma selepas pemain itu meninggalkan Borussia Dortmund. Kini sudah sedia untuk merobek sekali lagi hati peminat Dortmund dengan cuba mendapatkan Haaland.
Kontrak semasa Erling Haaland akan berakhir pada musim panas 2024. Dan beliau menjadi sasaran banyak kelab besar termasuk Real Madrid, Chelsea dan Manchester United.
Musim hadapan, Haaland akan memasuki fasa di mana kontraknya ada klausa pelepasan €75 juta sahaja.
Haaland pada awalnya dijangka akan menyertai pasukan lain pada jendela perpindahan kali ini, dengan Chelsea antara yang berminat. Namun Dortmund dilihat tidak terdesak mahu menjual pemain itu selepas menjual Jadon Sancho.
Harga Haaland dikatakan sangat mahal, €175 juta, antara sebab kenapa kelab seperti Chelsea dan Man City menarik diri daripada membidanya.
Haaland turut menyatakan dia masih gembira berada di Dortmund dan sedia untuk berbakti sehingga ke akhir kontraknya.
Haaland berkata: “Saya ada 3 tahun lagi baki kontrak, dan saya gembira dengan masa masa saya di sini.”
Seterusnya Haaland menegaskan bahawa €175 juta terlalu mahal untuk seorang pemain, merujuk kepada laporan mendia tentang harganya.
“Saya tak fikir sangat soal wang. Itu jumlah yang sangat besar. Saya harap ianya sekadar khabar angin, kerana jujurnya, angka itu sangat besar untuk seorang manusia.”
Bercakap pada Sport 1 di Jerman, Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic mengesahkan bahawa juara UCL enam kali itu berminat mendapatkan Haaland.
“Dia pemain berkelas dunia yang satu dunia mahukannya, dan saya dengar, seorang budak yang baik. Kamu harus melihat [memantau] apa yang dia lakukan di Borussia Dortmund. 60 gol daripada 60 perlawanan.”
“Kamu harus melihat pemain seperti itu, ataupun pasukan kita akan dipenuhi pemain amatur.”
Bayern Munich sporting director Hasan Salihamidzic has confirmed the club are looking into the possibility of signing Erling Haaland from Borussia Dortmund
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 9, 2021
Baca juga artikel