Kelab bola sepak terkaya Singapura, Lion City Sailors semalam telah merasmikan pembukaan Pusat Latihan baharu mereka bernilai RM31 Juta sekaligus muncul sebagai pasukan pertama di negara itu yang memiliki pusat latihan bersepadu.
Pembinaan bermula pada bulan Mei tahun lalu dan ia berjaya siap mengikut jadual yang telah dirancang untuk memastikan para pemain dapat menggunakan fasilit latihan canggih mereka.
Lebih menarik, pusat itu turut dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik fisioterapi, gimnasium, bilik analisis serta kemudahan pembelajaran untuk pelatih akademi.
Selain itu, lima buah padang bola sepak juga telah dibina dan akan menjadi ‘rumah baharu’ bagi pemain utama Sailors, pasukan Bawah-21 tahun, pelatih akademi serta pasukan wanita mereka.
Introducing the Home of the Sailors 🏚⚓️#allhandsondeck #lioncitysailors pic.twitter.com/5DlCGjjo9X
— lioncitysailorsfc (@lioncitysailors) July 28, 2022
Pengerusi Sailors, Forrest Li berkata pencapaian ini adalah simbolik bagi komitment mereka untuk menghidupkan semula bola sepak Singapura serta memastikan Lion City Sailors mencapai kejayaan yang lebih gemilang selepas ini.
“Kami membina pusat ini kerana infrastruktur adalah asas bagi mana-mana ekosistem yang baik.
“Perancangan bandar Singapura menunjukkan bagaimana infrastruktur yang sangat baik boleh meletakkan asas kepada masyarakat dan ekonomi yang berkembang maju – dan ia sama dengan bola sepak. Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang diumumkan oleh SportSG dan FAS, mempunyai infrastruktur dan pembangunan belia sebagai dua tonggak utamanya.
“Kami berharap pusat latihan ini memajukan bola sepak tempatan lebih jauh lagi,” kata Li.
The Lion City Sailors Training Centre was officially opened earlier this evening, with club Chairman Mr Forrest Li joined by Guest of Honour, Mr Edwin Tong, Minister for Culture, Community and Youth and Second Minister for Law at the opening ceremony at 8 Mattar Road. pic.twitter.com/RuyqXbvQgq
— lioncitysailorsfc (@lioncitysailors) July 28, 2022
Selain sukan, pusat latihan itu juga direka bentuk untuk menyokong aktiviti kemasyarakatan di Macpherson. Ini termasuk kawasan tontonan untuk orang ramai, sebuah kafe, serta ruang mesra masyarakat disediakan untuk aktiviti akar umbi bagi penduduk di sana.
Tahun lepas, kelab itu turut melabur RM4 juta membina sebuah akademi bola sepak sendiri dan menerima penarafan satu bintang oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah
Pagar Penghadang Stadium Antarabangsa Jakarta Roboh Ketika Aksi Persija Jakarta Menentang Chonburi
Media Korea Selatan Sebut Indonesia Tak Layak Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023
Supachok Perlukan Masa Untuk Sesuaikan Diri Dengan J. League
Hanya 4 Negara Hantar Permohonan Rasmi Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023