Ketua jurulatih Hokkaido Consadole Sapporo, Mihailo Petrovic menegaskan pemain baharu pasukan, Supachok Sarachat masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan saingan J. League.
Perkara ini dikongsikan oleh All Things Thai Football di laman media sosial Twitter dimana Petrovic menjelaskan kenapa sehingga saat ini beliau masih belum menurunkan pemain sayap itu dalam kesebelasan utama.
“Dia kini sudah memahami taktik kami namun masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan saingan J. League. Lagipun, situasi kami dalam liga ketika ini tidak begitu baik. Jadi saya tidak boleh letakkan beliau dalam pasukan saya,” katanya.
“He is now familiar with our tactic but still needs more time to adapt with J.League. Moreover, our situation in the league right now is not quite well. So, I cannot put him in my team for now.”
Consadole coach Mihailo Petrovic giving interview on Suphachok situation. #Consadole pic.twitter.com/HuXlVUXiUy
— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) July 16, 2022
Sebelum ini, Supachok menegaskan beliau tidak merasa tertekan apabila menyertai Consadole dan menegaskan mahu mencipta impak tersendiri seperti yang dilakukan oleh Chanathip Songkrasin sebelum ini.
“Saya tidak merasa sebarang tekanan. Saya mahu mencipta impak saya sendiri dan mungkin mengulangi apa yang telah dilakukan oleh Chanathip.
“Saya amat gembira apabila saya dengar ada tawaran daripada Consadole. Saya tak sangka mereka akan menghubungi saya tetapi saya gembira dengan peluang ini.
🎙 "I want to make my own path."
🇹🇭🇯🇵 We sat down with new @consaofficial signing Supachok Sarachat as he gets ready to make his #JLEAGUE debut. 🦉 pic.twitter.com/6w0F4oBRag
— J.LEAGUE Official (English) (@J_League_En) June 22, 2022
“Saya mahu membawa kelab ke posisi yang lebih baik. Tak kira bagaimana peranan saya nanti, saya mahu menjalankan tugas dengan baik.
“Apa yang saya mahu katakan kepada peminat peminat Thailand dan juga masyarakat Sapporo, saya harap mereka menyokong saya. Saya akan berikan yang terbaik untuk kelab,” tambahnya.
Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Consadole Sapporo secara pinjaman selama enam bulan dari Buriram United. Selain itu, Buriram juga menandatangan perjanjian dengan Consadole dimana kedua-dua kelab ini akan saling membantu dari segi pembangunan bola sepak, akademi dan juga mempromosikan bandar Buriram dan juga Sapporo untuk meningkatkan industri pelancongan di bandar tersebut.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Hanya 4 Negara Hantar Permohonan Rasmi Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023
Pemain Dari Skuad B-19 Tahun Bakal Dipanggil Sertai Pasukan Senior
Hassan Sazali Mahu Malaysia Bertemu Indonesia Sebelum Hadapi Kelayakan AFC B-20