Peminat bola sepak Singapura akhirnya menarik nafas lega apabila gelaran Juara Liga Premier Singapura (SPL) pada musim ini menjadi milik pasukan tempatan iaitu Lion City Sailors sekaligus memecahkan dominasi kelab dari Jepun (Albirex Niigata) dan Brunei (DPMM FC).
Sailors Dan Albirex bersaing sengit dalam pemburuan takhta liga apabila kedua-dua pasukan terikat 45 mata selepas mengharungi 20 perlawanan.
Namun begitu, keputusan seri 4-4 Albirex Niigata ke atas Tanjong Pagar telah memastikan kejuaraan berpihak kepada Sailors yang mengutip 48 mata selepas mencatat kemenangan 4-1 ketika menentang Balestier Khalsa di Stadium Jalan Besar.
🔥𝐒𝐂𝐄𝐍𝐄𝐒🔥#allhandsondeck #lioncitysailors pic.twitter.com/DRmoPAILlP
— lioncitysailorsfc (@lioncitysailors) October 10, 2021
Kali terakhir pasukan tempatan menjuarai liga tersebut adalah pada tahun 2014 oleh Warriors FC sebelum ia menjadi milik Albirex Niigata sebanyak 4 kali dan DPPM FC, 2 kali.
Lebih manis, ini merupakan kejuaraan Liga Singapura pertama dalam karier bola sepak Harris Harun yang pernah beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) selama 7 tahun.
7 Malaysian Super League titles
5 Malaysian Charity Shields
1 Malaysian FA Cup
1 AFF Suzuki Cup
1 AFC Cup
1 Malaysia Cup𝟏 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐎𝐑𝐄 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐄𝐑 𝐋𝐄𝐀𝐆𝐔𝐄
Congratulations @14_hariss ! pic.twitter.com/UwhkvtyREc
— The Final Whistle (@TFinalWhistle) October 10, 2021
Dengan kemenangan tersebut, Lion City Sailors juga akan mewakili Singapura dalam saingan AFC Champions League musim depan dan mereka dijangka akan membawa masuk beberapa pemain tempatan berkualiti yang beraksi di luar negara seperti Irfan Fandi dan Safuwan Baharuddin.
Lion City Sailors sebelum ini dikenali sebagai Home United dan merupakan antara kelab terkaya yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pasukan yang digeruni di Asia selepas diambil alih oleh pengasas Shopee iaitu Forrest Li.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Kelayakan Piala Dunia 2022: Giliran Arab Saudi Pula Kalahkan Jepun
Kelayakan Piala Dunia 2022: Jaringan Minit Akhir China Kecewakan Vietnam