Hasrat Vietnam untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 tidak menjadi kenyataan apabila mereka tewas 2-3 kepada China di Stadium Sharjah semalam.
Ia adalah perlawanan yang cukup dramatik apabila China mengesahkan kemenangan melalui jaringan minit akhir ketika kedua-dua pasukan terikat 2-2 di separuh masa kedua.
Vietnam berjaya mengikat China tanpa jaringan pada separuh masa pertama namun perubahan taktikal menyaksikan skuad kendalian Li Tie melancarkan serangan bertubi-tubi sehingga memberi tekanan kepada benteng pertahanan lawan.
Pada minit ke 53, Zhang Yuning menjaringkan gol pembukaan apabila memanfaatkan bola muntah daripada penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong. 20 minit kemudian, penyerang Espanyol, Wu Lei menanduk masuk gol kedua.
https://twitter.com/afcasiancup/status/1446294406026432512?s=20
Walaupun China mendahului 2-0, anak buah Park Hang-seo tidak mudah berputus asa dan mereka bangkit mengandakan asakan serta mula mengatur beberapa gerakan berbahaya ke kubu China.
Usaha Vietnam membuahkan hasil apabila mereka berjaya mendapatkan satu gol melalui rembatan volley Ho Tan Tai pada minit ke 80. Jaringan itu memberikan semangat tambahan kepada mereka untuk terus mencari gol kedua.
Pada minit ke 90, kem Vietnam kembali ceria apabila Nguyen Tien Linh menjaringkan gol penyamaan melalui rembatan dalam kotak penalti hasil hantaran cantik daripada Nguyen Quang Hai.
FT: 🇨🇳 China 3-2 Vietnam 🇻🇳
WHAT A MATCH! 🤩
Late drama as Wu Lei steals the 3️⃣ points for China in Group B after Nguyen Tien Linh equalises in the 90th-minute! #AsianQualifiers #CHNvVIE pic.twitter.com/YTP6p5IPm5
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) October 7, 2021
Namun begitu, kegembiraan mereka tidak bertahan lama selepas Wu Lei kembali meletakkan China di depan selepas menolak masuk rembatan lencongan cantik yang tidak mampu dihalang oleh penjaga gol Vietnam.
Vietnam membantah gol tersebut dan meminta pengesahan melalui video bantuan pengadil (VAR). Keputusan VAR menyaksikan jaringan tersebut adalah sah dan tidak berada dalam kedudukan offside sekaligus memastikan kemenangan berpihak kepada China.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Selepas James Rodriguez, Al-Rayyan Tandatangani Pemenang Piala Dunia 2018
RASMI: Singapura Dipilih Sebagai Tuan Rumah Piala Suzuki AFF 2020