Jawatankuasa Federasi Bola Sepak ASEAN (AFF) hari ini telah membuat keputusan untuk memberikan hak tuan rumah kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 kepada Singapura yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.
Mengambil kira situasi semasa wabak COVID-19, semua perlawanan Piala Suzuki AFF 2020 ini dijalankan di venue berpusat, berbeza dengan format terdahulu pada edisi 2018 bagi mengurangkan tempoh perjalanan antara negara.
Singapura telah dipilih sebagai tuan rumah kerana memenuhi semua kriteria yang ditetapkan oleh AFF dari segi sokongan kerajaan, kewangan, keselamatan, fasiliti perubatan, penyediaan penginapan dan kemudahan sukan.
Piala Suzuki AFF 2020 akan menjadi pertandingan sukan antarabangsa terbesar yang diadakan di Singapura sejak pandemik.
Negara itu sebelum ini menganjurkan beberapa acara sukan yang melibatkan peserta antarabangsa, terutamanya sukan seni mempertahankan diri yang dikendalikan oleh One Championship dan Singapore Tennis Open, yang kedua-duanya menerima kehadiran penonton yang sudah lengkap dua dos vaksin.
#OFFICIAL | 🇸🇬 SINGAPORE BECOME THE HOST SUZUKI CUP 2020 pic.twitter.com/1qUvukYh0s
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) September 28, 2021
10 pasukan akan berkampung di Singapura. Tiga venue dijangka menjadi pilihan untuk perlawanan peringkat kumpulan iaitu Stadium Nasional Singapura, Stadium Bishan dan Stadium Jalan Besar.
Kali ini Malaysia berada dalam kumpulan B bersama Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos. Manakala juara 5 kali, Thailand berada dalam kumpulan A bersama Filipina, Myanmar, Singapura dan pemenang peringkat kelayakan sama ada Timor Leste atau Brunei.
Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan mara ke separuh akhir dan seterusnya berentap di perlawanan akhir untuk merebut gelaran ‘Raja Asia Tenggara’.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
TERKINI: Mano Polking Diumumkan Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Thailand
Piala Suzuki AFF: Diundi Dalam Kumpulan ‘Neraka’, PSSI Yakin Indonesia Ke Separuh Akhir
Park Hang-seo Anggap Undian Piala AFF Biasa Saja, Tiada Yang Istimewa
Fandi Ahmad Sifatkan Malaysia Bertuah Miliki Luqman Hakim Dan Arif Aiman