Sewaktu awal kehadirannya, ketinggian 175cm yang dimiliki pemain pertahanan tengah Manchester United, Lisandro Martinez mungkin sedikit menimbulkan keraguan.

Baca Juga:

Ada juga yang mengatakan saiz tersebut tidak sesuai untuk bersaing dengan penyerang-penyerang hebat dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun selepas mengharungi enam perlawanan liga, pemain kelahiran Gualeguay, Argentina itu tidak langsung menunjukkan kelemahannya malah beraksi dengan cukup baik dalam mengemudi jentera tengah The Red Devils terutamanya ketika bergandingan bersama Raphael Varane.

Sejak bergandingan dengan Varane pada aksi ketiga liga, Manchester United telah mencatatkan empat kemenangan berturut-turut dimana ia turut melibatkan aksi menentang Liverpool dan Arsenal.

Dua perlawanan awal yang menyaksikan United tumpas ditangan Brighton dan Brentford, Martinez bergandingan dengan pertahanan England, Harry Maguire.

Sehubungan dengan itu, Jaap Stam yang turut pernah beraksi bersama Manchester United melihat kekurangan daripada aspek fizikal tidak langsung menjadi masalah buat Lisandro Martinez.

“Dia merupakan seorang pemain yang bagus. Saya tahu sebaik sahaj di tiba di United Kingdom, orang ramai bercakap tentang ketinggiannya,” ujar Stam menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Itu boleh menjadi isu buat seorang pemain pertahanan tengah tetapi dia menunjukkan kualitinya di Belanda dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).”

“Ketika bertahan, dia sangat agresif. Kadang-kadang dia perlu lebih sedar tentang lawannya, tidak terperangkap atau terlalu agresif .”

“Tetapi, itulah perkara yang anda pelajari dalam Liga Perdana dan apa yang anda pelajari bermain menentang pasukan besar atau pemain yang lebih baik,” tambah Jaap Stam lagi.

 

 

Sumber