Ketika semua perlawanan liga bola sepak K.League ditangguhkan berikutan isu COVID-19, stadium kelab Ansan Greeners FC telah menerima kira-kira 139 orang calon untuk menduduki ujian kemasukan ke sebuah syarikat awam disana.

Ansan Urban Corporation, telah membuat keputusan untuk meneruskan jadual menduduki ujian kemasukan itu menggunakan padang bola sepak di stadium, disamping mengekalkan langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan.

EUvNa3SU4AAijsp

Ujian kemasukan selama 90 minit itu dijalankan dengan kedudukan calon-calon berada dalam jarak 5 meter diantara satu sama lain (baca: penjarakan sosial), dan sebelum dibenarkan masuk semua 139 calon akan melalui pemeriksaan suhu serta perlu memakai topeng dan menggunakan ‘hand-sanitizer‘.

Seperti yang dilaporkan oleh KBS News, presiden syarikat tersebut percaya ujian kemasukan staf baru itu tidak patut ditangguhkan ketika berada dalam krisis ekonomi disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan mahu sektor awam menunjukkan teladan yang bagus selain menerajui perkara seperti pengambilan pekerja dalam situasi begini.

Berdasarkan gambar-gambar diatas, dapat dilihat hampir keseluruhan padang bola telah digunakan untuk tujuan tersebut namun ia juga turut mengundang pelbagai reaksi dari warga Korea Selatan sendiri yang dan rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan yang dilihat mungkin berisiko ini.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Pendapatan Kerteh FC Meningkat 232.8%, Rekodkan ‘Profit’ 24.1% Sepanjang Tahun 2019

‘Ekor’ Harimau Malaya Terlalu Bising Di Stadium, Hampir Mustahil Untuk Dengar Arahan Dalam Padang

Siapa Sebenarnya ‘Funder’ Untuk Bayar Gaji Park Hang-seo Berjumlah RM217,000 Sebulan?

Sumber