Seorang pemain skuad kebangsaan Vietnam semalam melalui satu artikel yang diterbitkan oleh Tapchi Bongda menyatakan bahawa kewujudan ‘ekor’ Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil adalah menyeramkan untuk mereka sebenarnya.

Pham Duc Huy, pemain tengah kelab Hanoi FC yang berusia 25 tahun itu berkongsi pengalamannya ketika bertandang ke Stadium Bukit Jalil semasa perlawanan AFF Suzuki Cup 2018 yang lalu dan jelas sorakan padu ‘ekor’ Harimau Malaya berjaya mengundang masalah untuk mereka.

“Bertemu Malaysia ditempat sendiri adalah mengerikan. Amat jarang kami bermain di stadium yang penuh dengan 80,000 penyokong.”

UM-3-1

“Mereka menjerit memberikan sorakan sehingga kami yang berada diatas padang amat sukar untuk bercakap sesama sendiri. Hampir mustahil untuk mendengar apa yang rakan sepasukan saya cakap sebab terlalu bising.”

Duc Huy juga secara peribadi mengakui bahawa skuad Malaysia bukan sahaja menggerunkan mereka dalam kelayakan Piala Dunia 2022 tetapi anak buah Tan Cheng Hoe itu juga merupakan calon kuat dalam perebutan kejuaraan AFF Suzuki Cup 2020 selain Thailand jika mereka tidak menarik diri.

“Pastinya Malaysia (calon terkuat), tidak mungkin pasukan lain. Mereka terus menerus memperkuatkan pasukan dengan kehadiran pemain-pemain kacukan dalam skuad kebangsaan.”

Kita Akan Buat Apa Sahaja Untuk Menang Di Malaysia

Ketua jurulatih mereka Park Hang-seo juga turut mengakui perkara yang disebut oleh Duc Huy itu selain menambah pertemuan dengan Malaysia adalah amat sukar.

“Vietnam akan bertemu Malaysia di tempat lawan, menyambut Indonesia di Hanoi dan bertemu UAE di Dubai. Namun, dari ketiga-tiga lawan ini, perlawanan dengan Malaysia adalah cabaran paling besar.”

“Mereka (Malaysia) mempunyai harapan cerah untuk layak ke pusingan 3 dan paling penting sekali adalah mereka beraksi di tempat sendiri.”

hlv-park-hang-seo-khong-viec-gi-phai-roi-viet-nam-ca1546237112

Beliau turut menjelaskan bahawa penangguhan perlawanan ketika ini akan membuka ruang lebih baik untuk Malaysia membawa pemain naturalisasi baru dan dalam masa yang sama tidak menafikan bahawa ini juga memberikan mereka masa yang lebih untuk mempersiapkan pasukan.

“Lebih kuat cabaran, lebih besar peluang. Jika kita berjaya menewaskan Malaysia, Vietnam akan kekal mendahului kedudukan kumpulan G dan akan bermain dalam perlawanan selepas itu dengan suasana yang berbeza.

“Kami akan lakukan segala yang boleh untuk menang di Malaysia.”

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Pendapatan Kerteh FC Meningkat 232.8%, Rekodkan ‘Profit’ 24.1% Sepanjang Tahun 2019

Siapa Sebenarnya ‘Funder’ Untuk Bayar Gaji Park Hang-seo Berjumlah RM217,000 Sebulan?

Bapa Chanathip Songkrasin Dedahkan ‘Kitab’ Asas Bola Sepak Anaknya, Fans Manchester United Rupanya

Sumber