Harry Kane dilaporkan ponteng latihan pra-musim pada hari Isnin. Di mana penyerang itu seharusnya melapor diri selepas tamat cuti Euro 2020.
Tottenham Hotspur dilaporkan sangat kecewa dengan tindakan Kane tersebut. Penyerang itu dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City.
Spurs akan mengambil tindakan ke atas kapten pasukan mereka itu kerana tidak hadir latihan tanpa memberikan alasan yang munasabah.
Spurs are set to fine striker Harry Kane after he failed to report for training this morning
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 2, 2021
Kane memberitahu Spurs pada bulan Mei lalu bahawa dia mahu meninggalkan musim panas ini; Manchester City membuat tawaran £100 juta untuk kapten England pada bulan Jun, menurut laporak Sky Spors, namun ditolak oleh Spurs.
Kane ternyata mahu mencari trofi pertama di dalam kariernya. Dan selepas sekian lama bersama Spurs, beliau gagal menjulang sebarang trofi.
Pemain berusia 28 tahun itu akan kembali ke Hotspur Way pada hari Isnin untuk beberapa urusan. Ianya dikaitkan dengan kerana spekulasi mengenai masa depannya. Beberapa media menyatakan bahawa Kane membincangkan masa depannya dengan kelab.
Sky Sports News secara eksklusif melaporkan pada bulan Mei bahawa Kane telah memberitahu Spurs bahawa dia ingin pergi musim panas ini dengan Man City, Manchester United dan Chelsea berminat mendapatkan tandatangan beliau.
Confirmed. Harry Kane has NOT shown up for Tottenham training, as @skysportspaulg revealed. Been told it’s Harry Kane choice and not related to Covid test. ⚪️ #THFC
Kane is assuming that he has had a ‘gentlemen agreement’ with the club since one year to leave Spurs this summer.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 2, 2021
City kemudian tampil membuat bidaan ke atas Kane. Malang sekali, bidaan £100 juta itu ditolak. Spurs meminta £120 juta untuk penyerang itu.
Kane percaya bahawa sebelum ini beliau sudah ada gentleman agreement dengan Dany Levy ketika beliau melanjutkan kontraknya.
Ketua Pengarah Man City, Khaldoon Al Mubarak, mengatakan setelah final Liga Juara Juara Eropah musim lalu bahawa kelab itu akan “kompetitif dan agresif” dalam bursa perpindahan musim panas ini.
Ini untuk memperkuat dengan membawa suntikan kualiti pada skuad dalam beberapa posisi penting terutama sekali penyerang. Selepas Sergio Kun Aguero rasmi meninggalkan kelab tersebut.
Koresponden dan pakar perpindahan bola sepak Eropah, Fabrizio Romano yakin minggu ini akan menjadi kunci dalam menentukan masa depan Kane di Tottenham, dengan Man City siap untuk memulakan langkah membida sekali lagi pemain itu.
Fabrizio Romano bercakap menerusi ‘Transfer Talk: “Saya menjangkakan beberapa minggu yang rumit untuk dihadapi, kerana situasinya sangat, sangat tegang.”
“Saya rasa minggu ini semuanya akan diselesaikan. Tottenham perlu mengambil pendirian mereka, dan Manchester City sudah bersedia jika langkah mereka.”
“Minggu ini akan menjadi kunci untuk memahami apakah itu [perpindahan Kane] akan berlaku.”
Baca juga artikel
Atletico, Arsenal Buru Khidmat Lautaro Martinez Pada Harga Lebih Rendah
Doktor Jelaskan Partey Alami Kecederaan Mirip Maguire Musim Lalu