Arsenal dan Atlético Madrid dilaporkan telah memantau perkembangan klausa pelepasan dalam kontrak Lautaro Martinez – yang kini dikatakan suah tamat.
Kedua-dua pasukan sebenarnya mempunyai peluang untuk mendapatkan pengebom Inter Milan dengan harga yang lebih murah.
Arsenal masih aktif mencari penyerang baru untuk musim 2021/2022. Persembahan Alexandre Lacazette dianggap tidak cukup memuaskan membuatkan skuad Arteta mencari penyerang yang lebih bagus dan menjadikan Lautaro sebagai sasaran utama mereka.
Selain Arsenal, Atletico juga menjadikan Lautaro sebagai sasaran utama mereka. Diego Simeone sedar bahawa Luis Suarez bukannya masih muda. Dan mereka harus menyediakan pelan untuk menngantikan pemain itu pada jangka panjang.
Lautaro dianggap calon paling ideal. Dengan pemain itu boleh bermain menjadi penyernag kedua di belakang Suarez. Dan pada masa yang sama boleh menjadi penyerang utama jika Suarez cedera – serta menjadi pengganti utama Suarez di masa akan datang.
Kemampuan Lautaro bermaik baik sebagai penyerang sokongan kepada Lukaku dalam beberapa musim ini menguatkan hujah itu. Prestasi Joao Felix masih belum memuaskan mereka.
Inter Milan berada dalam situasi kewangan yang agak sukar pada akhir musim 2020/2021. Inter dikatakan bergelut untuk membayar gaji pemain dan harus menjual pemain bintang untuk mendapatkan angka yang baik pada status akaun FFP mereka.
Inter sebelum ini sudah menjual Achraf Hakimi ke PSG dengan nilai EUR70 juta.
Angka ini dilaporkan sudah cukup untuk mengimbangi akaun mereka. Namun situasinya, Inter masih perlu melanjutkan kontrak beberapa pemain atau bersedia membuat pembelian penting seperti pembelian kecemasan.
Sebelum ini Lautaro ada klausa pelepasan €110 juta. Dan klausa itu sudah pun termansuh berdasarkan kontrak. Klauasa tersebut hanya aktif pada 2 minggu pertama Julai setiap musim.
Inter Milan boleh meminta harga lebih besar daripada klausa tersebut kerana tidak tertakluk lagi. Namun situasi sekarang, dikatakan Inter mempertimbangkan tawaran yang rendah daripada klausa tersebut, asalkan ia tawaran yang bagus.
Inter dilaporkan akan mempertimbangkan sebarang tawaran bermula €80 juta atau €90 juta.
Pundit di Sport Mediaset, Marco Barzaghi yakin bahawa Lautaro Martinez berminat menukar cabaran baharu dalam kariernya. Baki kontraknya yang semasa masih ada sehingga Jun 2023.
Lautaro sebelum ini pernah menjadi keutamaan oleh Barcelona. Namun kelab itu terpaksa melupakannya selepas berdepan dengan beban hutang yang sangat tinggi.
Akhirnya gergasi Catalan itu memutuskan untuk mendapatkan Kun Aguero secara percuma.
Beberapa laporan di Itali juga percaya, Lautaro akan mementingkan aksi di Liga Juara Juara Eropah sebagai syarat untuk pasukan yang bakal beliau wakili.
Namun itu tidak bermakna Arsenal tidak berpeluang. Ini kerana ramai percaya Arsenal boleh menewaskan Atletico dari segi gaji pemain selaku kelab EPL yang kaya raya.
Seterusnya, Arsenal juga sedia menyertakan Lacazette dalam perjanjian tersebut.
Perfect moves for Arsenal?https://t.co/uLcHNYKZsh
— Arsenal FC News (@ArsenalFC_fl) August 1, 2021
Baca juga artikel
Doktor Jelaskan Partey Alami Kecederaan Mirip Maguire Musim Lalu
ESL: Juventus, Barca, Real Raikan Kemenangan Ke Atas UEFA Di Sepanyol