Barcelona, Real Madrid dan Juventus meraikan kemenangan mereka di mahkamah Sepanyol pada Jumaat. Ini selepas mahkamah Sepanyol memutuskan untuk tidak menentang penubuhan Liga Super Eropah (ESL).
9 daripada 12 pengasas bersama ESL sudah menarik diri daripada projek yang dianggap sudah gagal pada April. Ini termasuk enam pasukan EPL, Atletico Madrid, AC Milan, dan Inter Milan.
Kesemua pasukan tersebut tetap didenda oleh UEFA di atas tindakan mereka yang dianggap cuba merosakkan sistem dan struktur liga di Eropah.
UEFA sebelum ini sudah memberikan bayangan bahawa mereka akan mengenakan tindakan yang berat ke atas Barcelona, Juventus dan Real Madrid yang terus berusaha untuk merealisasikan ESL — ini termasuk potensi penggantungan 2 musim daripada kejohanan eropah.
Namun begitu, tiga kelab tersebut telah mambawa kes itu kepada mahkamah perusahaan di Madrid. Dan mengeluarkan kenyataan bersma pada Jumaat menyatakan bahawa UEFA kini bertanggungjawab untuk memansuhkan serta merta prosiding perundangan ke atas mereka termasuk 9 lagi kelab lain yang menarik diri sebelum ini.
UEFA dengan segera menjawab pernyataan tersebut dan menyatakan bahawa kes tersebut akan dibawa ke Mahkamah Eropah di Luxembourg, yang akan menilai kesan tindakan kelab kelab tersebut kepada bola sepak Eropah.
Sebelum ini 9 kelab yang didenda setuju untuk menyumbang dana terkumpul €15 juta untuk bola sepak akar umbi di sekitar eropah.
Selain itu, 9 kelab tersebut juga akan dipotong 5% daripada bonus ataupun hadiah pertandingan eropah mereka untuk semusim bermulia musim 2023/24. Seterusnya mereka juga setuju untuk membayar €100 juta jika mereka berusaha mengasingkan diri sekali lagi untuk menyertai pertandingan haram.
Barcelona, Juventus dan Real Madrid kekal dengan pendirian mereka untuk ESL. Joan Laporta dan Florentino Perez, selaku presiden dua kelab tersebut sudah berikrar akan meneruskan usaha membentuk ESL.
Dalam kenyataan bersama mereka, ianya dibaca: “Kami ada tugas untuk membangkitkan isu serius yang sedang dihadapi oleh bola sepak: UEFA telah mengukuhkan dirinya sebagai penyelia tunggal, operator yang eksklusif serta pemilikan unik kepada hak cipta bola sepak Eropah.”
“Kedudukan monopolistik, dalam conflict of interest, sedang merosakkan bola sepak dan keseimbangan persaingan.”
“Ianya seperti yang ditunjukkan menerusi bukti yang sangat banyak, kawalan kewangan yang tidak terurus dan mereka tidak mengendalikan bola sepak sebaiknya.”
“Kelab kelab yang bersaing dalam pernatingan Eropah ada hak untuk mengadakan pertandingan mereka sendiri.”
“Kami berbesar hati kerana kami tidak lagi tertakluk kepada ugutan UEFA. Misi kami adalah untuk terus membangunkan projek Liga Super dalam bentuk lebih terurus dan kerjasama semua pihak. Sentiasa menganggap bola sepak itu milik penyokong, pemain, jurulatih, kelan, liga serta negara dan FA kebangsaan.”
“Kami juga sedar bahawa ada beberapa elemen dalam kertas cadangan kami harus disemak semula dan sudah tentunya, ia perlu diperbaiki menerusi dialog dan konsensus. Kami masih yakin kejayaan projek ini akan sentiasa berdasarkan perundangan EU.”
Baca juga artikel
Eriksen Berehat 6 Bulan, Dilarang Beraksi Selagi Lagi Ada ICD Dalam Badannya
Aberdeen Bina Tugu Sir Alex Ferguson, Kenang Jasa Bantu Kelab Bina Sejarah Paling Gemilang