Real Madrid kini berdepan dengan penyingkiran dari UCL. Ini selepas Telegraph melaporkan UEFA sedang berusaha sedaya upaya untuk menyingkirkan mereka daripada kejohanan tersebut selepas peranan mereka dalam usaha membentuk ESL.
Selain itu, Real Madrid juga mungkin akan kehilangan tempat dalam slot UCL pada musim hadapan.
❗️| UEFA also want the same punishment for Juventus.
The decision is expected tomorrow! 🚨@DeportesCuatro
— Madrid Xtra (@MadridXtra) April 22, 2021
Real Madrid dan Juventus menerusi Florentino Perez dan Andrea Agnelli masih lantang menyatakan bahawa mereka masih berusaha untuk mewujudkan ESL di masa akan datang.
UEFA menuduh Perez dan Agnelli sebagai pengkhianat. UEFA cuba menggunakan kuasa mereka untuk menghukum dua kelab tersebut. Tetapi para ahli lembaga pengarah UEFA berbelah bahagi untuk menyokong tindakan itu.
Keputusan tentang hukuman yang akan dijatuhkan kepada kelab yang cuba membentuk pakatan ESL terutama sekali Real Madrid akan diketahui pada hari ini. Di mana perbincangan dari kalangan ahli lembaga pengarah dilangsungkan semalam.
Pada Rabu, Presiden UEFA, Aleksandr Ceferin menyatakan ada sedikit kemungkinan bahawa separuh akhir di antara Chelsea dan Real Madrid minggu hadapan tidak akan dilangsungkan sebagai hukuman kepada kedua dua kelab.
Namun ada 3 dariapda 12 kelab yang digelar dirty dozen oleh UEFA – berada dalam separuh akhir UCL iaitu Real Madrid, City dan juga Chelsea.
ESL secara rasminya gagal selepas pasukan pasukan yang cuba membentuk ESL menarik diri secara rasmi daripada kejohanan tersebut.
Baca juga artikel