Pengerusi FA Denmark, Jesper Moller menyatakan bahawa, 3 daripada 4 pasukan separuh akhir Liga Juara Juara Eropah, iaitu Real Madrid, Manchester City dan Chelsea berdepan dengan penyingkiran daripada kejuaraan tersebut.
Dan Moller menjangkakan pengumuman tentang perkara itu akan dibuat pada Jumaat ini.
Moller berkata: “[Real Madrid, Manchester City dan Chelsea] akan disingkirkan, dan saya menjangkakakan ia akan berlaku pada Jumaat ini. Kemudian baru anda melihat bagaimana UCL musim ini ditamatkan.”
Sebelum itu, presiden UEFA, Aleksander Ceferin bersumpah akan menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk menentang 12 pasukan yang membentuk Liga Super Eropah (ESL).
Moller menambah: “Akan ada mesyuarat tergempar luar biasa melibatkan ahli jawatankuasa pada Jumaat. Dan jangkaan saya bahawa 12 kelab tersebut akan dibuang terus.”
Apa itu Liga Super Eropah?
Secara ringkasnya liga ini adalah liga pasukan kaya dan berpengaruh. Memiliki ramai peminat dari seluruh dunia. Liga yang akan memberikan pasukan pasukan elit ini wang lebih banyak menerusi pelaburan dan tajaan yang mereka akan terima.
Konsepnya, kenapa kamu harus menunggu 3 atau 4 tahun sekali mungkin 10 tahun sekali untuk melihat Manchester United atau Liverpool bertemu dengan Barcelona atau Real Madrid jika anda boleh menyaksikannya setiap tahun?
Bayangkan pasukan pasukan yang menjadi pencetus gagasan pertandingan ini diberikan suntikan dana £3.5 billion sebagai membantu mereka pada musim wabak melanda ini.
“Founding Clubs will receive an amount of €3.5 billion." 😳💸
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 18, 2021
Pertandingan ini bertujuan untuk memisahkan diri dari pertandingan yang ada, melibatkan pasukan elit dari lima liga utama Eropah seperti Liga Inggeris, Serie A, LaLiga Sepanyol, Bundesliga Jerman dan Ligue 1 Perancis.
Idea untuk mewujudkan Liga Super Eropah sudah lama. Di mana ketika itu terdapat beberapa pasukan dilaporkan dalam perbincangan tertutup untuk mewujudkan Liga ini. Pasukan tesebut adalah Real Madrid, Juventus, Manchester United dan Liverpool.
Seperti yang dilaporkan oleh The Times, beberapa kelab Eropah yang besar mahu Liga Super Eropah diadakan bermula daripada musim 2023/24.
Namun, The Times turut melaporkan kelab-kelab dari Perancis dan Jerman dilaporkan menolak untuk menyertai projek ini.
Perincian tentang format masih tidak dijelaskan secara terperinci. Namun, menurut beberapa laporan yang beredar sebelumnya, Liga Super Eropah akan melibatkan 20 pasukan dalam format liga.
20 pasukan itu akan dibahagi kepada dua kumpulan bermain home dan away. Manakala format kalah mati akan berlangsung dari suku akhir dalam format timbal balik. Kecuali final yang akan diadakan di gelanggang neutral.
Menariknya, 15 daripada 20 pasukan adalah anggota tetap dalam Uefa super league ini. Bermaksud mereka kebal daripada penyingkiran. Manakala 5 lagi pasukan akan digilir berdasarkan prestasi semasa.
Seterusnya, ESPN melaporkan, bank JP Morgan akan menjadi pelabur utama pertandingan ini dengan pelaburan $6 bilion.
Baca juga artikel
Apa Itu Liga Super Eropah, Liga ‘Haram’ Yang Ditentang FIFA Dan UEFA
Pakar Perundangan Berikan Sebab Kenapa UEFA Bakal Kalah Di Tangan ESL Di Mahkamah