Hari ini satu dunia tengah membincangkan tentang Liga Super Eropah. Selepas 12 kelab membuat kenyataan bersama mempersetujui penubuhan liga antarabangsa kelab eropah itu.
Satu perkara yang agak menarik, pada 2008, kira kira 11 tahun lalu, Wenger sudah meramalkan tentang kewujudkan liga elitis ini.
Apa Itu Liga Super Eropah, Liga 'Haram' Yang Ditentang FIFA Dan UEFAhttps://t.co/KRX1SMFzKk
— VOCKET FC (@vocketfc) April 19, 2021
Wenger menyatakan perkara itu dalam satu sidang media sebelum aksi Arsenal dengan Celtic dalam saingan Liga Juara Juara Eropah. Di mana wartawan bertanya kepada beliau tentang idea untuk Rangers dan Celtic keluar dari liga Scotland dan menyertai Liga Inggeris.
Ini kerana hanya dua pasukan tersebut yang memiliki nilai publisiti di mata penaja berbanding pasukan lain. Wenger terus berkata, bahawa perkara itu tidak perlu dilakukan. Kerana 10 tahun akan datang akan wujud satu liga berbentuk antarabangsa melibatkan kelab kelab Eropah yang boleh disertai pasukan seperti Celtic dan Rangers.
https://twitter.com/ahmed/status/1383957634030587912
Wenger turut menyatakan keutamaan mungkin akan diberikan kepada Liga Eropah itu untuk beraksi di hujung minggu dan liga domestik akan dimainkan pada pertengahan minggu.
Wenger menyatakan dia tidak menentang sistem pertandingan antara kelab eropah yang ada. Tetapi beliau meramalkan, kelab kelab besar akan semakin malas untuk berkongsi wang dengan kelab kecil.
Lalu kelab kelab besar ini akan mewujudkan liga mereka sendiri yang menawarkan hadiah kemenangan dan tajaan lebih besar.
“Saya lebih melihat pembentukan liga eropah berbanding dengan satu pasukan keluar dari negara mereka dan menyertai liga negara lain.”
“Liga domestik akan hidup, tetapi mungkin 10 tahun akan datang, kamu akan melihat liga eropah.”
“Saya tak pasti 100% saya betul, tetapi saya dapat merasakan dalam permainan kita ni, ada suara suara dari belakang tadbir yang mahu melakukan sesuatu tentangnya, terutama sekali kerana peraturan yang terlalu ketat kepada setiap kelab.”
Namun Wenger menyatakan kerisauan beliau, bahawa Liga Eropah itu akan dicipta oleh kartel elit yang berselindung di sebalik nama francais. Motif mereka hanyalah untuk wang yang banyak berbanding dengan pembentukan liga berdasarkan sistem merit.
“Secara peribadi, saya hanya percaya kepada merit kesukana. Jadi jika liga seumpama itu dicipta, ianya harus ada pasukan turun naik, walaupun secara praktikal sangat sukar untuk cari penyelesaiannya, dan kita tak mahu membunuh liga domestik.”
“Pasukan pasukan ini mungkin akan bermain pada hujung minggu dan bermain liga domestik pada pertengahan minggu. Bermakna pasukan pasukan ini akan memiliki 2 pasukan.”
“Founding Clubs will receive an amount of €3.5 billion." 😳💸
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 18, 2021
“Dari sudut kewangan, walaupun ada wang daripada UCL, namun ianya tak cukup bagi kelab kelab besar ini yang sudah berbelanja terlalu besar. Secara asasnya pendapatan yang ada sekarang milik UEFA dan hanya dibahagikan kepada kelab kelab yang berkaitan.”
Selepas 11 tahun ramalan itu, hari ini wujud Liga Super Eropah. Walaupun FIFA dan UEFA menentangnya.
Ramalan Wenger ternyata tepat. Dari sudut merit kesukanan, difahamkan ada 20 pasukan bertanding dan 15 pasukan akan kebal penyingkiran dan hanya 5 pasukan akan digilirkan berdasarkan pencapaian mereka dalam liga domestik.
Baca artikel lain
Apa Itu Liga Super Eropah, Liga ‘Haram’ Yang Ditentang FIFA Dan UEFA
Piala FA: Taktikal Tuchel Membuatkan City Hilang Kreativiti Di ‘Final Third’
Foden Mahu Pecat Pegawai Media Yang Cabar Mbappe Di Twitternya