Beberapa minggu lalu, Joe Hart tampil meminta maaf kepada peminat Spurs selepas pegawai media sosial beliau memuat naik status ‘job done’ ketika Spurs tersingkir dari kompen UEL.

Terbaru, Phil Foden pula menjadi mangsa kepada pegawai media sosial yang memuat naik status kontroversi.

Selepas tamat aksi di antara City dan Borussia Dortmund dengan menyeru nama Mbappe bertanya sama ada pemain itu sudah sedia berhadapan dengan cabaran City.

Ey-2WM-XIAAf0k8

Status itu dianggap agak angkuh, hanya selepas Foden menjaringkan gol kedua dalam aksi semalam.

Foden kemudian tampil dengan penjelasan bahawa status di Twitter itu bukan daripada beliau. Sebaliknya daripada pegawai media sosialnya. Dan beliau menyatakan kekecewaannya dengan status tersebut.

Foden menyatakan bahawa status itu sudah diarahkan untuk dipadam, namun ianya tetap menjadi bualan ramai.

Foden dilaporkan melantik sebuah syarikat khas mengendalikan media sosialnya. Dan kini Foden dalam proses untuk menamatkan kontrak tersebut.

Gary Neville kemudian memberikan pandangannya, dengan menyatakan para pemain harus mengawal akaun media sosial mereka sendiri.

“Macam yang pernah saya katakan beberapa minggu lalu berkaitan dengan pemain yang media sosial mereka diuruskan oleh syarikat media sosial. Sila uruskan sendiri akaun media sosial kamu! Pandangan bebas kamu dan keasliannya dikawal. Itu suara kamu, bukan suara orang lain,” kata Neville.

Baca juga perkembangan lain

Highlight UCL: Gol Spektakular Foden Bunuh Perjuangan Dortmund

Highlight UCL: Real Singkir Liverpool, Jumpa Chelsea Di Separuh Akhir

UCL: PSG Berjaya Balas Dendam Dan Singkirkan Bayern