Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward akhirnya rasmi meninggalkan kelab tersebut pada akhir musim ini.

Woodward meletak jawatan sebaik sahaja Manchester United membuat pusingan u, menarik diri daripada menyertai ESL. Namun kelab masih menyediakan dokumen berkaitan untuk menarik diri secara rasmi.

Fabrizio Romano melaporkan, Woodward agak kecewa dengan tindakan kelab yang ketika itu dilaporkan dalam proses menarik diri daripada ESL.

Beberapa jam selepas itu, Man United mengesahkan perletakan jawatan tersebut menerusi rangkaian media sosialnya.

Woodward berkhidmat untuk United sejak 2005 dan menjawat jawatan yang beliau ada sekarang sejak 2012.

Woodward menerusi laman rasmi Man United, berkata: “Saya sangat bangga dapat berkhidmat bersama dengan United. Dan ianya satu penghormatan untuk bekerja dengan kelab terbesar di dunia selama 16 tahun lamanya.”

Woodward kemudian menggariskan kejayaan ketika era beliau. Di mana Man United berjaya memenangi beberapa trofi dan berjaya menaikkan pangkat beberapa pemain akademi ke pasukan utama.

greenwood

Woodward mengakui beliau sangat ingin melihat United juara EPL sekali lagi.

“Kelab ini berada di kedudukan yang baik untuk masa depan dan ianya sesuatu yang sukar untuk [saya] pergi pada akhir tahun ini.”

“Saya akan menyimpan kenangan dari masa saya di Old Trafford, dalam tempoh ketika kita memenangi Liga Europa, Piala FA dan Piala EFL. Saya bangga dengan kebangkitan semula budaya kelab dan kembalinya kita ke cara bermain sebagai Manchester United.”

“Kita telah melabur lebih dari £1bn dalam skuad selama saya berada di sini dan saya sangat gembira dengan kemajuan yang telah dicapai oleh para pemain di bawah kepemimpinan yang cerdas Ole Gunnar Solskjaer dan pasukan kejurulatihannya dalam dua tahun terakhir.”

“Saya yakin dengan perubahan yang telah kita buat di lapangan dan kepada staf kejurulatihan dan bola sepak dalam beberapa tahun kebelakangan ini kelab hebat ini akan segera menjulang semula trofi yang selayaknya dimiliki.”

“Saya sangat mahukan kelab ini memenangi Liga Perdana Inggeris semasa saya berkhidmat dan saya yakin asasnya ada untuk kita memenanginya kembali untuk peminat kita yang fanatik.”

“Akademi terkenal di dunia berkembang semula, dengan 34 pemain naik pangkat ke pasukan utama sejak 2013, dan dengan senang hati kita menyaksikan bakat seperti Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Axel Tuanzebe berkembang di dalam pasukan utama.”

“Pada tahun-tahun akan datang barisan muda ini akan membantu menguatkan lagi pasukan utama.”

Akhir sekali Woodward mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminat setia Man United.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat fanatik United atas sokongan kamu pada masa-masa baik dan buruk. Saya tahu ini adalah masa yang mencabar dalam sejarah kita, tetapi sokongan anda terhadap pasukan ini tidak pernah diragui.”

“Akhirnya, adalah suatu keseronokan untuk bekerja dengan begitu ramai orang yang hebat, berbakat dan bekerja keras.”

Pengerusi bersama Joel Glazer merakamkan penghargaan beliau kepada Woodward. Beliau berkata: “Ee Woodward memberikan perbezaan yang besar sepanjang berkhidmat di kelab ini.”

“Bagi pihak semua orang di United, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas di atas kerja keras dan dedikasinya yang tidak kenal lelah.”

“Sumbangannya kepada kelab sangat besar, dan dia akan selalu dialu alukan di Old Trafford sebagai anggota keluarga Manchester United.”

Beberapa jam selepas berita Woodward melepaskan jawatannya, muncul pula berita kesemua enam pasukan EPL menarik diri daripada ESL.

Baca juga perkembangan lain

RASMI: Manchester City Tarik Diri Daripada ESL, Beberapa Kelab Lain Bakal Menyusul

Chelsea, Manchester City Dan Real Madrid Berdepan Penyingkiran Dari UCL

Pakar Perundangan Berikan Sebab Kenapa UEFA Bakal Kalah Di Tangan ESL Di Mahkamah