Manchester City mengumumkan secara rasmi penarikan diri mereka daripada Liga Super Eropah (ESL). Kenyataan rasmi kelab dimuat naik di laman rasmi dan dihebahkan menerusi platform media sosial Man City.
Club statement.https://t.co/GeNQZn8091
— Manchester City (@ManCity) April 20, 2021
Sebelum itu, Pep Guardiola menyatakan pendiriannya tidak bersetuju dengan ESL secara terbuka.
Berita penarikan diri oleh City itu disambut dengan baik oleh presiden UEFA, Aleksandr Ceferin yang menganggap City akhirnya pulang semula ke pangkuan UEFA.
Ceferin berkata: “Saya dengan gembira mengalu alukan kepulangan semula Manchester City ke pangkuan keluarga bola sepak Eropah.”
“Mereka sudah menunjukkan kebijaksanaan yang tinggi. City adalah aset berharga kepada permainan ini, dan saya sangat gembira bekerjasama dengan mereka untuk masa depan yang lebih baik.”
UEFA president Ceferin: “I am delighted to welcome Manchester City back to the European football family. They have shown great intelligence. City are a real asset for the game and I am delighted to be working with them for a better future”. 🔵🚨 #MCFC #SuperLeague
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 20, 2021
Selain daripada Manchester City, di England, Chelsea dan Man united juga dilaporkan sedang menyediakan pasukan guaman untuk menarik diri daripada ESL.
Naib Pengerusi Eksekutif Man United, Ed Woodward meletakkan jawatannya selepas Man United menarik diri daripada ESL. Namun kenyataan rasmi dilaporkan mungkin akan dibuat pada Jumaat ini.
Roman Abramovich decided Chelsea could not go ahead with joining the ESL and, together with the board, he gave the green light for the club to start preparing documentation to pull out.
— Matt Law (@Matt_Law_DT) April 20, 2021
Bukan itu sahaja, Atletico Madrid dan Barcelona juga dilaporkan sedang menyiapkan dokumen untuk penarikan diri daripada ESL.
Baca artikel tentang ESL:
Apa Itu Liga Super Eropah, Liga ‘Haram’ Yang Ditentang FIFA Dan UEFA
Chelsea, Manchester City Dan Real Madrid Berdepan Penyingkiran Dari UCL
Pakar Perundangan Berikan Sebab Kenapa UEFA Bakal Kalah Di Tangan ESL Di Mahkamah