Aberdeen Football Club telah mengumumkan bahawa mereka akan membina tugu Sir Alex Ferguson untuk memperingati sumbangannya yang luar biasa kepada kelab.

Patung diperbuat daripada gangsa itu akan dibina di jalan keluar di luar Richard Donald Stand. Bakal menjadi patung tugu pertama yang dibina dalam perancangan kelab untuk membina beberapa lagi peringatan serupa kepada legenda kelab di masa akan datang.

Pengukir patung terkenal, Andy Edwards dari Cornovii Edwards, akan menghasilkan patung itu berdasarkan gambar yang diambil oleh Sir Alex di Easter Road pada tahun 1980. Inaya untuk meraikan Dons memenangi Liga Perdana Scotland – buat pertama kalinya selepas duopoli 15 tahun oleh Celtic dan Rangers.

NINTCHDBPICT000000978403

Ketua Pengarah AFC, Dave Cormack, mengatakan: “Sumbangan Sir Alex kepada kelab itu sangat besar dan sangat layak untuk kami menghormatinya dengan cara ini.”

“Kedatangan beliau di Pittodrie menandakan permulaan era yang paling berjaya dalam sejarah kelab dan meletakkan Aberdeen dengan kukuh di peta bola sepak Eropah.”

“Dua tahun akan datang, menandakan ulang tahun ke-40 kemenangan Piala Pemenang Piala Eropah [Winners Cup] kami di Gothenburg, bersama dengan kemenangan Piala Super Eropah. Walaupun penghormatan ini sudah lama tertangguh, namun ianya datang pada waktu yang tepat.”

Dave kemudian menegaskan projek ini sudah diracang sejak 18 bulan lalu menerusi kajian ke atas legenda dalam sejarah kelab.

Sir Alex Ferguson merupakan pengurus yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris dengan 13 kejuaraan liga bersama Man United.

Sebelum tiba di United beliau menempa namanya bersama dengan Abderdeen dengan kegemilangan mereka bermula gelaran liga 1980 setelah menang 5-0 ke atas Hibs.

The Dons merebut gelaran liga sekali lagi pada musim 1983/84 dan 1984/85 dan memenangi Piala Scotland empat musim daripada lima antara 1981 sehingga 1986.

Tetapi pencapaian Sir Alex yang paling terkenal bersama Aberdeen adalah ketika membawa mereka ke kemenangan dalam Piala Pemenang Piala UEFA 1982/1983 dengan mengalahkan Real Madrid 2-1 di Gothenburg.

46043307-9839283-image-a-33_1627558151577

Ini diikuti dengan kejayaan memenangi Piala Super Eropah pada tahun 1983.

Sir Alex Ferguson berbesar hati dengan penghargaan itu dan berkata: “Saya sangat gembira dan berbesar dengan pengiktirafan ini dari Aberdeen Football Club, di mana saya menikmati antara detik hebat yang tidak dapat dilupakan dalam karier pengurusan saya.”

“Saya sangat gembira dengan gambar yang dipilih oleh Kelab untuk mendirikan patung itu dan dengan pilihan pemahat yang karya terbarunya sangat luar biasa. Saya tidak sabar untuk melihatnya!”

Sir Alex dianugerahkan pingat Freedom of the City tahun 1999 dari Kota Aberdeen, tahun yang sama di mana dia mendapat pingat kesatria.

Baca juga artikel

Real Madrid Sedia Bida Mbappe, Namun Dia Berimpian Mahu Menang UCL Bersama PSG

Allgeri Dengan Jujur Beri Sebab Kenapa Bonucci Tak Layak Jadi Kapten Berbanding Dybala

Aguero Jalani Rawatan ‘Stem Cell’ Pada Lututnya