Micheal Carrick mengakui bahawa beliau akan lebih menggunakan kaedah beliau yang tersendiri berbanding meniru apa telah dilakukan oleh bekas pengurusnya, Sir Alex Ferguson ketika menguruskan pasukan.
Baca Juga:
- Carrick: “Ini Baru Perwatakan Manchester United Sebenar”
- Alex Ferguson Ketuai Pakatan Calonkan Pochettino Jadi Pengurus Baharu Manchester United
- TERKINI: Sir Alex Ferguson Mahu Man United Berikan Ole Masa Dan Peluang Lagi
Seperti dilaporkan semalam, Carrick telah dilantik sebagai pengurus baharu kelab bawahan EFL Championship, Middlesbrough bagi menggantikan Chris Wilder yang dipecat 3 Oktober lalu.
Tugas sukar nyata bakal dihadapi Carrick kerana Middlesbrough sedang menghuni tangga ke-21 selepas mengharungi 16 perlawanan untuk mengumpul 17 mata.
Malah lebih menyulitkan lagi keadaan, jurang mata Boro dengan tiga pasukan di zon penyingkiran iaitu Coventry City, West Bromwich Albion (WBA) dan Huddersfield juga tidaklah terlalu jauh.
Carrick yang pernah berada dibawah kendalian Alex Ferguson selama tujuh musim bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan terikut-ikut dengan cara pengurus legenda itu mengendalikan pasukan.
“Sekiranya keadaan memerlukan, ya [akan mengikut cara Alex Ferguson],” ujar Carrick menurut kenyataannya yang dikeluarkan Goal.
“Saya juga mempunyai sikap degil. Saya melakukannya pada masa-masa tertentu sebagai pemain dan jurulatih. Tidaklah wajah gembira sepanjang masa. Ia bercampur-campur.”
“Adakah saya kelihatan seperti orang Scotland yang garang?! Anda perlu melayan setiap individu dengan cara yang berbeza. Apa yang dia lakukan.”
“Saya perlu untuk mempercayai naluri saya dan tidak akan meniru [cara Alex Ferguson] dengan terlalu banyak,” tambah Micheal Carrick lagi.
Cabaran pertama Carrick dalam usahanya untuk mengubah nasib dan kedudukan Middlesbrough adalah pada 29 Oktober ini dengan berkunjung ke Stadium Deepdale bagi berdepan Preston North End.