Manchester United tersingkir daripada Piala FA – dikejutkan oleh pasukan Liga Kejuaraan Middlesbrough yang sempat bangkit dari ketinggalan di Old Trafford.
Perlawanan berlarutan sehingga ke penentuan penalti yang akhirnya dimenangi Middlesbrough.
Penyerang muda Anthony Elanga melakukan rembatan tinggi melepasi palang untuk memberikan kemenangan kepada pasukan bimbingan Chris Wilder yang disambut dengan penuh semangat oleh kira kira 9,000 penyokong pelawat.
Ia hanya kali kedua dalam 11 pertemuan dengan lawan Liga Perdana Inggeris, di mana Middlesbrogh mara, selepas kejayaan mereka yang sama mengejutkan Manchester City pada 2015.
United pastinya tidak berpuas hati dengan gol penyamaan kontroversi Middlesbrough, yang dijaringkan oleh Matt Crooks, selepas Duncan Watmore jelas sekali handball sebelum gol itu.
Namun VAR pula menjelaskan bahawa, peraturan baharu dalam handball menyatakan bahawa, jika pemain yang bukan penjaring gol handball secara tak sengaja, maka gol itu dikira sah.
Dalam situasi tersebut, Watmore bukan penjaring gol dan VAR mengesahkan bahawa Watmore tidak sengaja handball.
Walaupun perdebatan tentang peraturan baharu itu terus berlegar, namun Man United juga harus menyalahkan diri sendiri selepas gagal memanfaatkan banyak peluang gol dalam perlawanan.
Mereka melakukan 30 percubaan ke gawang lawan mereka dengan 7 ciptaan peluang keemasan.
Manchester United’s attack vs Middlesbrough:
71% possession
30 total shots
25 chances created
7 big chances created
1 goal scoredA poor display of finishing in front of goal for Manchester United cost them tonight. 🥅 pic.twitter.com/fVgbeGsMQA
— Statman Dave (@StatmanDave) February 4, 2022
Seterusnya Ronaldo gagal menyempurnakan penaltinya pada separuh masa pertama.
Cristiano Ronaldo has missed a penalty for Manchester United for the fourth time in his career:
❌ vs Wigan (2006)
❌ vs West Ham (2007)
❌ vs Barcelona (2008)
❌ vs Middlesbrough (2022)It didn’t even hit the target. 😳 pic.twitter.com/F4szinabBY
— Squawka (@Squawka) February 4, 2022
Selain daripada peluang dengan gol terbuka yang gagal disempurnakan oleh Bruno Fernandes.
Bruno Fernandes didn't put this away 😳 pic.twitter.com/gzZTFDov4u
— ESPN FC (@ESPNFC) February 4, 2022
Jadon Sancho berjay meletakkan United di hadapan hanya selepas 5 minit daripada kegagalan penalti Ronaldo. Namun mereka membenarkan lawan mereka bangkit pada separuh masa kedua sehingga lawan mereka mendapat gol penyamaan.
Perlawanan berlarutan ke masa ekstra 30 minit dan seterusnya penentuan penalti. Yang kesudahannya sekali lagi mengecewakan United.
Kualiti penalti kedua dua pasukan memang luar biasa. Maka kesilapan Elanga pada pusingan sudden death pastinya akan memberikan malapetaka buat United yang terlepas satu lagi piala musim ini.
Ronaldo terus menenangkan pemain muda tersebut selepas kegagalannya.
Kali terakhir Man United disingkirkan dari pusingan keempat atau lebih awal adalah pada 2014 ketika itu mereka disingkirkan oleh Swansea.
Manchester United have been knocked in the fourth round or earlier in the #EmiratesFACup for the first time since 2014 against Swansea.
They crash out on penalties. pic.twitter.com/bavRHFwaj2
— Squawka (@Squawka) February 4, 2022
Kini Manchester United masih ada harapan pada Liga Juara Juara Eropah untuk mereka memastikan musim ini mereka tidak kempunan trofi sekali lagi. Ini selepas mereka tersingkir daripada Piala Carabao, Piala FA, dan sudah dikira tidak dapat bersaing untuk kejuaraan EPL.