Peminat Arsenal mendapat perkhabaran dukacita bahawa Thomas Partey mengalami satu lagi siri kecederaan.
Pemain tengah Arsenal itu mengalami kecederaan buku lali dalam aksi separuh masa pertama – ketika perlawaann pra musim menentang Chelsea semalam.
Membuatkan Partey terpaksa dikeluarkan awal daripada perlawanan yang menyaksikan Arsenal kalah 1-2 dalam perlawanan tersebut.
Dengan rekod kecederaan yang dialami Partey sejak menyertai Arsenal, para peminat Arsenal berharap kecederaan kali ini tidak serius dan berharap Partey bukan satu lagi versi Abou Diaby.
Doktor sukan Dr. Rajpal Brar membentangkan analisis kecederaan Partey dan menyatakan bahawa ianya adalah kecederaan buku lali di pergelangan atas kaki.
Rajpal juga membandingkan kecederaan Partey ini sebagai kecederaan yang mirip dengan apa yang dilalui Maguire sebelum ini.
Found the specific mechanism of injury for Partey (see picture).
This is typically indicative of a “high ankle sprain” aka syndesmotic tear. These typically come with a 4-6 week return timeline if a grade 1 injury. Recent example is Harry Maguire. pic.twitter.com/syae1CWCjk
— Dr. Rajpal Brar, DPT (@3cbPerformance) August 1, 2021
“Menemui mekanisme kecederaan khusus untuk Partey (lihat gambar),” tulisnya di Twitter.
“Ini biasanya menunjukkan adanya kecederaan pada ‘pergelangan kaki tinggi’ aka sindesmotik yang terkoyak.”
“Ini biasanya memerlukan 4-6 minggu [untuk pulih] jika kecederaan kelas 1.”
“Contoh paling dekat ialah Harry Maguire.”
Harry Maguire mengalami kecederaan ketika berdepan Aston Villa dengan ligamen buku lalinya cedera. Beliau terleoas 3 aksi terakhir musim lalu dan berehat sebelum aksi Euro. Keseluruhannya Maguire berehat selama 44 hari.
An update from the boss 👇
— Arsenal (@Arsenal) August 1, 2021
Nampaknya Partey bakal terlepas beberapa aksi awal Arsenal pada musim ini. Dan diharap beliau cepat pulih.
Baca juga artikel
ESL: Juventus, Barca, Real Raikan Kemenangan Ke Atas UEFA Di Sepanyol
Eriksen Berehat 6 Bulan, Dilarang Beraksi Selagi Lagi Ada ICD Dalam Badannya