Ole Gunnar Solskjaer telah mengulangi tentang tanggungjawabnya terhadap kemerosotan prestasi Manchester United baru-baru ini dan turut mengecam laporan palsu mengenai Paul Pogba.
Solskjaer berada di bawah tekanan sepanjang minggu berikutan kekalahan United 5-0 kepada Liverpool pada hari Ahad.
Solskjaer juga mendedahkan bahawa, tiadanya aksi pertengahan minggu membuatkan mereka sudah tak sabar untuk memberikan reaksi pada hujung minggu ini.
Mereka terpaksa menunggu masa untuk memperbaiki keadaan di atas padang. Jadi, aksi berdepan Spurs pada petang Sabtu akan menjadi medan untuk Man United bangkit.
Terdapat juga laporan bahawa Ole Gunnar Solskjaer diberikan 3 perlawanan untuk menyelamatkan kariernya di Man United.
Pengurus itu mengakui ia telah menjadi beberapa hari yang sukar, tetapi berharap pemainnya sedar menangani tekanan tersebut adalah sebahagian daripada bola sepak.
“Sudah tentu minggu yang sukar,” katanya pada sidang media.
“Kami terpaksa berdepan dengan keputusan dan prestasi menentang Liverpool yang kami tahu tidak cukup bagus dan itu perkara yang perlu dihadapi oleh pemain bola sepak.”
“Itulah sebabnya kita berada dalam sukan ini. Anda perlu menantikan perlawanan seterusnya, pastikan anda sudah bersedia.”
“Dan apabila anda sampai ke perlawanan seterusnya selesaikannya. Kami mempunyai minggu yang baik di padang latihan.”
“Kami pastinya memerlukan reaksi pada perlawanan hujung minggu ini dan itu adalah tugasan saya juga untuk meletakkan pemain dalam mentaliti yang betul.”
“Saya bertanggungjawab untuk reaksi kami ke atas keadaan semasa, keputusan, dan prestasi.”
"We definitely need a reaction" Defiant Solskjaer Ready For Spurs
[@JRidge_Journo]https://t.co/7HEw8wTaa7 #MUFC pic.twitter.com/OHQKHAE37u— The United Stand News (@NewsUnitedStand) October 29, 2021
“Kami telah bekerja keras di atas padang, berusaha pada semua yang perlu disusun untuk seorang pemain bola sepak.”
“Ia bukan sekadar berkaitan dengan mentaliti, ia adalah strategi pendekatan, pelan permainan, taktik, secara teknikalnya, kami telah melalui minggu yang baik dan saya rasa para sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik seperti yang selalu mereka lakukan.”
“Persembahan pasukan? tidak seperti yang kita rancang dan itu jauh daripada tahap terbaik kami.”
Kemudian Solskjaer menyelar media yang menulis berita palsu bahawa Pogba tidak sehaluan dengannya.
Pogba terus menafikan laporan The Sun yang mendakwa Pogba telah mengabaikan Solskjaer selepas kekalahan di tangan Liverpool.
Ole berkata: “Saya tidak membaca media sosial tetapi apabila Paul datang kepada saya, dia sangat marah.”
“Kami memang sudah menjangkakan dia akan dikritik, dia akur, persembahannya tidak cukup bagus,” katanya.
“Kita tidak jangka, kita tidak boleh terima apabila pembohongan dibuat-buat ke atasnya.”
“Paul memberitahu saya apa yang dia tulis di media sosialnya.”
“Kami lebih baik daripada itu sebagai satu kumpulan – budaya, persekitaran lebih baik, kami tidak boleh menerima pembohongan yang terang-terangan. Mereka perlu tampil mempertahankan diri.”
“Semua pendapat dan laporan, kami terimanya dengan baik baik sahaja, tetapi janganlah berbohong tentang pemain atau saya.”
Pogba dibuang padang dalam perlawanan Liverpool selepas masuk sebagai pemain gantian. Oleh itu, dia adalah satu-satunya pemain yang tidak tersedia untuk kembali beraksi menentang Tottenham.
“Paul digantung tetapi selain itu, pasukan kami adalah skuad yang cergas sepenuhnya. Ianya agak pelik sebab kami ada kesemua 25 pemain dengan 5 penjaga gol kami semua cergas.”