Harry Maguire senada dengan Ole Gunnar Solskjaer, menyalahkan pengadil sebagai punca kekalahan mereka di tangan Sheffield United.
United tewas di tempat sendiri di tangan Sheffield United sekaligus melepaskan kedudukan tangga pertama liga.
Dua gol Sheffield dijaringkan oleh Kean Bryan dan Oliver Burke. Sementara itu, Maguire turut menjadi penjaringn gol penyamaan sebelum gol kemenangan Burke.
Maguire menganggap bahawa pengadil Peter Bankes menggagalkan dua momen penting. Momen pertama adalah gol Kean Bryan, dan yang kedua adalah gol Anthony Martial yang tidak dibenarkan oleh pengadil.
Maguire melihat David de Gea terhalang ketika gol pertama Sheffield kerana ada kekasaran menurutnya. Sementara itu, pada saat gol Martial dibatalkan, Maguire tidak merasa pemain itu melakukan apa apa kesalahan.
“Menakjubkan,” sindir Maguire, sebaik sahaja tamat perlawanan.
“Tidak diragukan lagi Billy Sharp melakukan kekasaran lebih daripada saya. Mungkin, orang mengatakan kedua duanya buka faul, namun bukan yang melibatkan David [De Gea].”
Gol Martial dibatalkan setela Harry Maguire dianggap telah membuat faul yang mencetuskan gol Martial – lalu ia tidak dibenarkan.
Bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu menafikan perkara ini. Dia tidak merasa seperti melakukan kontak dengan penjaga gawang Sheffield.
“Saya melompat untuk merebut bola, saya rasa saya tidak menyentuh penjaga gol mereka, dia yang menyentuh saya di belakang, tangan saya tidak berada dekat dengannya,” jelas Maguire.
“Saya rasa pengadil akan melihat kembali ulangan insiden itu nanti dan tahu dia melakukan kesalahan,” kata Maguire.
Seperti Maguire, Solskjaer juga mengkritik dua keputusan penting yang dibuat oleh Peter Bankes. Pengurus dari Norway itu merasa kecewa kerana kelemahan pengadilan menjadi punca pasukannya kalah.
Ole Gunnar Solskjaer blamed two contentious decisions by the referee Peter Bankes for sending Manchester United to a stunning home defeat https://t.co/uhyRJgtJFO
— Times Sport (@TimesSport) January 28, 2021
“Itu adalah faul. Billy Sharp mengasarinya [David de Gea] sehingga dia tidak dapat melompat. Jadi, itu adalah kekasaran,” jelasnya.
“Tetapi seperti apa yang kerap berlaku musim ini, [keputusan pengadil] tidak konsisten. Jadi, itu sukar diramalkan,” tambah Ole lagi.
Baca juga perkembangan lain
EPL: City Berpesta 5 Gol, Pintas United Di Kedudukan Teratas