Saingan Liga Malaysia musim 2021 belum membuka tirai namun sudah ada drama yang berlaku apabila pengendali dari Chile, Simon Elissetche mengheret Kuala Lumpur United (KLU) ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ekoran pengguguran beliau dari pasukan.
Simon menuntut KLU untuk membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta ekoran penamatan kontraknya kerana didakwa memiliki lesen profesional yang tidak sah.
Menurut laporan Berita Harian, Peguam kepada Simon, Zhafri Aminurashid menegaskan lesen yang dimiliki oleh jurulatih itu sememangnya sah dan diiktiraf oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Jurulatih dari Chile, Elissetche Simon bakal ambil tindakan FIFA Dispute Resolution Chamber (DRC) dan tindakan sivil keatas Kuala Lumpur United ekoran fitnah mengenai lesen kejurulatihannya. @ASTROARENA pic.twitter.com/68IWHh0NV5
— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) January 27, 2021
“Jadi, kita akan mengambil dua tindakan iaitu tindakan sivil atas kenyataan fitnah yang dikeluarkan mengenai kelayakan Simon yang memberi kesan kepada kariernya di mana ada pasukan yang mahukan khidmatnya tertanya-tanya kerana takut lesen tidak sah.
“Tuntutan kedua adalah kepada FIFA di mana kes ini jelas menunjukkan berlakunya pelanggaran kontrak kerana kontrak sudah ditandatangani namun atas sebab yang hanya diketahui mereka, mereka tidak meneruskan kontrak bersama Simon.
“Kita akan meminta ganti rugi dengan anggaran RM500,000 untuk kes FIFA selain pampasan RM3 juta untuk tuntutan sivil. Simon begitu kecewa dengan perkara ini dan tidak mahu selesaikannya di luar mahkamah,” katanya.
Simon Elissetche nyata kecewa dengan tindakan KLU yang menamatkan khidmatnya selain dituduh mempunyai lesen jurulatih yang tidak sah.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Sabah FC Mahu Dapatkan Khidmat Pemain Sayap Indonesia, Saddil Ramdani
Makan Konate Kembali Ke Liga Malaysia, Sah Sertai Terengganu FC
Malaysia Mohon Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Ditunda Ke Bulan Jun