Pasukan kebangsaan dikhabarkan memohon untuk menunda perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang sepatutnya berlangsung pada Mac ini untuk dilangsungkan pada bulan Jun.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam dimana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan telah menghantar permohonan rasmi mengenai penundaan tersebut kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada semalam.
Semua pasukan termasuk Malaysia kecuali Vietnam sudah setuju untuk tunda aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia dari Mac ke Jun. Difahamkan, FAM sudah mengemukakan permohonan rasmi berhubung perkara berkenaan kepada AFC hari ini.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 26, 2021
Menurut Zulhelmi, semua pasukan termasuk Malaysia, kecuali Vietnam telah bersetuju untuk menunda perlawanan kelayakan kepada bulan Jun.
Permohonan untuk penundaan ini dipercayai kerana bilangan kes COVID-19 di beberapa negara khususnya Malaysia yang mengalami peningkatan.
Bilangan kes harian COVID-19 Malaysia berada pada tahap membimbangkan dimana lebih 3000 kes dicatatkan sejak awal bulan ini.
Situasi terkini 26 Januari 2021 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 3,585 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 190,434 kes.https://t.co/6G5S6TKDbk pic.twitter.com/I1taRlKOYi
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) January 26, 2021
Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe masih mempunyai baki tiga perlawanan kelayakan iaitu menentang Vietnam, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Thailand.
Ketika ini, skuad Harimau Malaya menduduki tangga kedua dalam carta kumpulan G dengan kutipan 9 mata, dua mata di belakang pen dahulu iaitu Vietnam.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Mekanisme Undian Saingan AFC Cup 2021 Yang Perlu ‘Dihadam’ Peminat Kedah Dan Terengganu
RASMI: Liga Malaysia Ditunda Ke 5 Mac, Piala FA Tiada Dalam Kalendar Musim 2021
Dollah Salleh Sah Jadi Pengurus Pasukan, Pahang Ambil Pembantu Jurulatih Dari Eropah?