Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan Dollah Salleh telah dilantik sebagai pengurus Pahang untuk saingan Liga Malaysia musim ini.
Menurut kenyataannya dalam Arena Metro, gandingan Dollah dengan ketua jurulatih baharu dari Amerika Syarikat, Thomas Dooley diharapkan dapat membantu Pahang berada di kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super.
“Mereka memiliki pengalaman yang luas di pentas antarabangsa dan selaku bekas pemain, mereka adalah legenda dan mampu memberi impak buat Sri Pahang musim ini.
“Saya percaya gabungan dua lagenda ini juga akan menyaksikan barisan pemain termasuk import sentiasa berada pada prestasi terbaik,” katanya.
Selain itu, timbul khabar angin di media sosial mengatakan seorang pembantu jurulatih dari eropah bakal menyertai barisan kejurulatihan Sri Pahang FC dalam masa terdekat.
Difahamkan jurulatih tersebut sudah tiba di Kuala Lumpur dan kini sedang menjalani proses kuarantin sebelum ke Kuantan untuk menyertai Sri Pahang pada minggu depan. Beliau dikatakan akan membantu Thomas Dooley untuk merangka persiapan pasukan.
Menurut laman instagram pahangfansclub, jurulatih tersebut merupakan rakan kepada salah seorang daripada pemain import Pahang. Skuad tok gajah setakat ini telah menandatangani dua pemain import baharu iaitu Lee Tuck (England) dan Sergio Aguero (Argentina).
Namun begitu, rata-rata peminat menjangkakan jurulatih tersebut merupakan rakan kepada pemain import musim lepas, Herold Goulon dari Perancis. Siapakah sebenarnya pembantu jurulatih tersebut?
Semuanya akan terjawab pada minggu hadapan.
Teruskan membaca artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
Faizal Azumu Letak Jawatan Sebagai Presiden PAFA, Dedahkan Gaji Pemain Masih Tertunggak