Sheikh Jassim dilaporkan tarik diri daripada membeli Manchester United yang menjadi milik keluarga Glazer.

Ianya selepas pihak dari Qatar itu sudah berputus asa dengan proses bidaan pemilikan tersebut. Selepas mereka percaya bahawa mereka menawarkan harga sangat baik kepada Glazer.

Sheikh Jassim merupakan pembida yang sudah menunjukkan minat mereka sejak hari pertama lagi kelab itu disenaraikan dalam senarai jualan.

Mereka mahu memiliki Man United sepenuhnya dan tidak mahu ada sebarang campur tangan Glazer lagi. Sambil berikrar akan melabur dalam pembangunan pasukan dan stadium Old Trafford.

Namun beberapa bidaan mereka ditolak oleh Glazer. Sebelum ini Glazer meminta bidaan harus lebih tinggi daripada £3 billion. Dan kemudian mereka menaikkan harga harus sekurang kurangnya sama dengan harga Chelsea yang keseluruhannya sekitar £4.2 juta.

Kem Sheikh Jassim membuat tawaran yang setara dengan yang diminta. Tetapi Glazer sekali lagi menaikkan harga dan meletakkan nilai baharu iaitu £6 billion.

Angka itu dipercayai terlalu tinggi oleh Sheikh Jassim. Mereka awalnya membayangkan akan menarik diri daripada persaingan membeli Man United. Namun tidak lama kemudian hadir dengan tawaran dikatakan lebih £5 billion.

Dan mereka meminta Man United memberikan respon segera kepada bidaan yang dianggap bidaan akhir itu. Namun kem Glazer terus tarik tali dengan Sheikh Jassim.

Dan hari ini Fabrizio Romano melaporkan vagawa Sheikh Jassim telah menarik diri 100% daripada bidaan mendapatkan Man United. Sebenarnya Glazer masih tidak berpuas hati dengan bidaan Sheikh Jassim yang mahu memiliki Man United 100%.

Bermakna kelab itu mungkin akan terus dimiliki Glazer jika seorang lagi pembida, Sir Jim Ratcliffe tidak mengemukakan tawaran baharu yang memuaskan hati Glazer.