Sheikh Jassim dilaporkan telah mengemukakan tawaran ketiga yang dianggap bidaan terakhir untuk membeli Manchester United.
Tawaran itu dikatakan rekod dunia dalam pembelian kelab bola sepak.
Sebelum ini laporan menyebut bahawa keluarga Glazer meminta sekitar £6.5 billion untuk melepaskan kelab itu.
Angka itu dianggap terlalu mahal oleh para pembida. Ada yang menarik diri daripada bidaan kerana dianggap Glazer tidak serius untuk menjual Man United.
Lebih kepada mahu mencari rakan kongsi baharu untuk menjadi pelabur.
Sheikh Jassim yang mewakili Yayasan 92, percaya tanda harga itu terlalu mahal.
Mereka sebelum ini menilai Man United maksimum adalah £4 billlion.
Kaveh Solhekol melaporkan bahawa tawaran terbaru dan terakhir daripada Sheikh Jassim adalah sekitar £5 billion.
Pihak Sheikh Jassim menegaskan bahawa itu adalah angka maksimum yang mereka boleh tawarkan. Dan menyatakan bahawa Glazers boleh memilih untuk menerimanya ataupun membiarkan sahaja.
Mereka sudah tidak berminat dengan tawar menawar harga.
Sheikh Jassim has submitted his final bid for Manchester United. 🚨🔴🇶🇦 #MUFC
In addition to figure to buy the Club, Qatari’s proposal also includes a plan to invest a further significant amount of additional capital and infrastructure investment into the Club directly. pic.twitter.com/evTWGUZmaK
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 28, 2023
Glazer sekeluarga telah memiliki Man United sejak 2005. Dan sejak itu jugalah peminat Man United membantah pemilikan Glazer yang dibeli dengan berhutang atas nama kelab itu.
Protes anti Glazer menjadi sangat popular di kalangan peminat Man United. Ini termasuk insiden menceroboh padang ketika aksi Man United berdepan musuh tradisi Liverpool di Old Trafford
Di media sosial kempen ini rancak berlaku dengan tanda pagar #GlazerOut!
Pada November lalu, keluarga Glazer mengumumkan mereka mencari pelabur ataupun pembeli baharu dalam kelab. Sama ada yang berminat menjadi pemilik penuh atau menjadi rakan pelaburan yang akan membangunkan Man United.
Sejak itu beberapa pihak telah menyatakan minat ke atas Man United. Selain daripada Sheikh Jassim dan konsortiumnya terdapat juga tawaran daripada syarikat besar dari Amerika Syarikat dan UK sendiri.
Man United merupakan kelab paling berpengaruh di dunia. Dan Glazers berkata mereka akan melakukan apa sahaja untuk membangunkan semula kelab itu dari segi aspek kesukanan dan infrastruktur.
Tetapi proses pembidaan Man United berlaku sangat perlahan. Dikatakan sikap Glazer sendiri yang acuh tak acuh dalam isu ini.