Manchester United dilaporkan bakal tewas dalam perebutan mendapatkan Odion Ighalo. Ini selepas kelab beliau, Shanghai Shenhua sudah menyediakan satu tawaran yang dianggap tak mampu ditolak oleh pemain tersebut.

Ighalo menyertai Manchester United secara pinjaman pada Januari lalu. Dan dalam masa yang singkat beliau telah memberikan impak di dalam skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

Membuatkan Man United sudah bersedia untuk menandatangani pemain itu secara tetap. Namun beberapa bulan lalu Shanghai Shenhua sudah menyatakan mereka tidak mahu melepaskan pemain itu.

Dan ikrar itu masih lagi mereka pegang. Di mana kelab Liga Super China itu mahu Ighalo menyertai mereka dalam menyambung semula aksi liga.

Kontrak pinjaman semasa Ighalo di United akan berakhir pada Jumaat ini. Dan kelab dari China itu mahu pemain itu kembali segera.

Ighalo sebelum ini sudah memberitahu ejennya bahawa beliau sedia mempertimbangkan tawaran dengan gaji lebih rendah di Man United.

Pada kontrak pinjaman beliau yang sedia ada sekarang pun Ighalo menerima gaji yang dilaporkan 30% lebih rendah daripada apa yang beliau dapat di Shanghai Shenhua.

Shanghai Shenhua pula sudah sedia untuk menawarkan gaji dan bonus yang tidak dapat disaingi oleh Man United.

Buat masa ini Shanghai Shenhua tidak menerima tawaran United untuk melanjutkan lagi kontrak pinjaman pemain tersebut.

Mereka berkeras mahukan Ighalo untuk pulang semula ke China.

Ighalo yang merupakan peminat Man United telah membantu kelab impiannya itu dengan menjaringkan 4 gol dalam 8 penampilan.

Ighalo sudah kembali menyambung latihan bersama dengan Man United.

ighalo

Walaupun kelibatnya bersama Man United sudah hampir menuju ke penghujungnya.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Saksikan Detik Werner Cuak, Rakan Lupa Penjarakan Sosial Ketika Rai Gol

Statistik Luar Biasa Kai Havertz Pada Tahun Ini

Courtois Klaim Jadi Antara Punca Hazard Ke Real Madrid