Jurulatih Barcelona, Quique Setien, tidak meragui kualiti yang dimiliki oleh Robert Lewandowski sebagai penggempur Bayern Munich.
Tetapi dia tidak menerima bahawa penyerang Poland itu disamakan dengan Lionel Messi.
Ini selepas beberapa media membandingkan prestasi Lewandowski dengan Lionel Messi pada musim ini.
Messi adalah bintang yang sering memberikan perbezaan kepada Barcelona musim ini.
Begitu juga dengan Lewandowski yang sudah menghasilkan sejumlah 53 gol dari 44 perlawanan di semua pertandingan. Dan membantu Bayern menjuarai Bundesliga.
Tidak syak lagi Lewandowski dan Messi akan menjadi tumpuan utama dalam perlawanan malam ini.
2 pemain yang akan memberikan cabaran getir untuk pertahanan lawan.
Beberapa pihak mulai menyamakan impak Lewandowski dengan Lionel Messi. Malah menganggap penggempur Poland itu berhak memenangi Ballon d’Or musim ini.
Sayangnya tiada Ballon d’Or pada musim ini.
Namun, Setien tidak bersetuju dengan perbandingan tersebut. Tanpa mengenepikan rasa hormatnya terhadap kualiti yang dimiliki oleh bekas penyerang Borussia Dortmund itu, Setien berkata:
“[Lewandowski] adalah pemain yang hebat, tetapi saya tidak akan meletakkan dia berada di tahap Leo.”
“Saya rasa itu jelas. Betul bahawa prestasinya memang sangat bagus dan dia banyak dibantu oleh rakan sepasukannya.”
“Dia dalam prestasi terbaik, begitu juga Leo, dan kita juga telah melihat kualiti itu ketika menentang Napoli,” tambah beliau lagi.
Quique Setién: "Lewandowski is a great footballer but he isn't on Leo's level. That's clear. Right now he's in great form, he scored 13 goals in the #UCL & has been helped by his teammates. But we saw what Leo did against Napoli. It's good that we can enjoy players like those two pic.twitter.com/vUQC7FjCKE
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) August 13, 2020
Barcelona akan turun dalam aksi berdepan Bayern Munich. Kedua dua pasukan mahu mengakhiri kemarau kejuaraan UCL kelab masing masing.
Baca juga perkembangan lain
Sejarah Tercipta, Leipzig Ke Separuh Akhir Pertama Kalinya, Singkir Atletico