Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) hari ini telah melancarkan logo baharu badan induk itu secara rasmi menggantikan logo lama selepas 19 tahun.

Logo tersebut tampak jauh berbeza dan lebih moden berbanding logo sebelumnya. Namun, mereka tetap menggunakan haiwan Harimau sebagai simbol utama pada logo tersebut.

Alasan KFA menggantikan logo yang dipakai sejak tahun 2001 ialah bagi memenuhi tuntutan pada zaman kini yang penuh teknologi canggih.

Presiden KFA, Chung Mong-gyu, menegaskan perubahan logo ini merupakan langkah awal bagi badan induk itu untuk memajukan bola sepak di Korea Selatan.

“Logo baru mencerminkan keinginan KFA untuk terus berubah dengan melepaskan diri daripada citarasa yang ada. Saya harap perubahan ini diterima baik oleh para penyokong dan peminat di Korea Selatan,” ujar Chung Mong-gyu, dipetik daripada Sedaily.com.

Bagaimanapun, tinjauan Vocket FC di laman sosial KFA mendapati beberapa penyokong Korea meluahkan rasa tidak puas hati sambil mengkritik reka bentuk logo tersebut.

“Logo yang lama lebih bagus dan garang. Kenapa anda tukarkannya?,” tulis pemilik akaun twitter bernama I am Kfan.

https://twitter.com/iamkfan_/status/1224912808984240128?s=21

Selain itu, terdapat juga seorang penyokong Korea Selatan menyamakannya dengan rupa seekor kucing yang lebih comel.

“Identiti jenama ini sama dengan kucing… Saya tidak tahu sama ada ia kelihatan kuat, tetapi ia comel. Adalah lebih baik anda mendapatkan pendapat daripada peminat sebelum mengubahkannya,” tulis pemilik akaun twitter bernama @haru_ivee.

Pertukaran logo dalam kalangan badan induk bola sepak di dunia bukanlah hal yang baru. Beberapa persatuan juga pernah mengambil langkah yang sama, antaranya ialah FA Thailand, FFA Australia, hingga FFF Perancis.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

SCG Muangthong United Dan SHARP Jalin Kerjasama Strategik, Bakal Guna Teknologi Aquos 8K

Vissel Kobe Daftarkan Tiga Pemain Asing Bagi Hadapi AFC Champions League 2020

AFC Tangguhkan Perlawanan ACL Babitkan Kelab China Kerana Wabak Coronavirus