Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengambil keputusan untuk menunda perlawanan AFC Champions League 2020 yang membabitkan kelab dari Chinese Super League (CSL) kerana bimbang dengan penularan wabak coronavirus.
Perkara ini disahkan oleh AFC sendiri selepas badan induk bola sepak Asia itu mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur semalam.
AFC memutuskan untuk menunda tiga minggu perlawanan kelab dari China yang sepatutnya berlangsung pada Februari dan Mac dan perlawanan yang ditunda akan diganti pada April dan Mei depan.
#ACL2020 first three match days involving Chinese clubs to be postponed!https://t.co/NmIDbZsL96
— #ACL (@TheAFCCL) February 4, 2020
Namun, perlawanan antara Chiangrai United menentang Beijing FC tetap diteruskan pada 18 Februari ini kerana Beijing membuat persiapan di Korea Selatan dan dianggap tidak terkesan dengan virus tersebut.
Wakil Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim semalam membuat pengumuman dimana perlawanan menentang Guangzhou Evegrande ditunda kepada tarikh baharu iaitu pada 20 Mei 2020.
AFC POSTPONE JDT VS GUANGZHOU EVERGRANDE DUE TO CORONAVIRUS
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/U1qaorg6FA
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 4, 2020
Selain Beijing FC dan Guangzhou Evegrande, dua lagi kelab CSL iaitu Shanghai Shenhua dan Shanghai SIPG turut mengambil bahagian dalam edisi musim ini.
Badan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak coronavirus sebagai global health emergency dimana setakat ini, virus tersebut telah memakan seramai 362 nyawa dan lebih 20 ribu orang dijangkiti.
Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:
Pra Musim: JDT Tewaskan Juara 7 Kali Liga Slovakia, MSK Zilina
JDT Dan Chiangrai United Wakil Asean Dalam Saingan AFC Champions League 2020