Asia Tenggara bakal diwakili oleh dua pasukan dalam saingan AFC Champions League (ACL) selepas Buriram United, Kedah dan Ceres-Negros masing-masing gagal untuk melepasi pusingan play-off yang berlangsung pada semalam.
Juara Liga Super Malaysia musim 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara Thai League 1, Chiangrai United menjadi dua pasukan dari rantau Asia Tenggara yang akan beraksi dalam saingan tertinggi itu selepas melayakkan diri secara automatik.
Buriram United nyata gagal untuk memberikan cabaran kepada kelab serba kaya dari saingan Chinese Super League (CSL), Shanghai SPIG dimana naib juara Thai League 1 itu tewas dengan keputusan 3-0. Dua pemain yang pernah beraksi di Eropah, Hulk dan Marko Arnautovic masing-masing menyumbang jaringan untuk Shanghai.
90+5' GOAL! 3-0 SHANGHAI SIPG!
Hulk converts from the spot as Shanghai SIPG make it 3-0 in this @TheAFCCL play-off tie. #ACL2020 #SHAvBRU pic.twitter.com/1w15FJWGA6
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) January 28, 2020
Juara Liga Filipina, Ceres pula tunduk kepada naib juara J1 League, FC Tokyo dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di atas permukaan padang yang basah di Stadium Tokyo.
Satu lagi pasukan iaitu Kedah tidak bermaya apabila tewas kepada FC Seoul dengan keputusan 4-1. Pemain pertahanan Kedah, Renan Alves turut dilayangkan kad merah pada perlawanan semalam.
FULL-TIME | 🇰🇷 @FCSEOUL 4-1 @official_kfa 🇲🇾
➡️ The 2013 runners-up are heading back to the #ACL Group Stage!
📝 Goals from Park Chu-young, Park Dong-jin, Osmar and Alibaev ensured a clear victory.#ACL2020 pic.twitter.com/HuEl3tyrHo
— #ACL (@TheAFCCL) January 28, 2020
Chiangrai diletakkan dalam kumpulan E bersama Beijing FC, Melbourne Victory dan FC Seoul manakala JDT pula diletakkan dalam kumpulan G bersama Vissel Kobe, Suwon Samsung Bluewings dan Guangzhou Evegrande.
Baca artikel lain mengenai play-off AFC Champions League di sini:
Juara AFC Champions League 2018, Kashima Antlers Gagal Layak Ke Peringkat Kumpulan
Kedah Tidak Layak Ke Peringkat Kumpulan AFC Champions League 2020