Pemain Sabah, Saddil Ramdani mahu peminat Indonesia untuk bersikap lebih terbuka dan tidak memberikan komen negatif kepada kelabnya mengenai isu tidak dapat beraksi dalam temasya Sukan SEA 2022.
Saddil menegaskan tindakan peminat negara seberang itu akan mengeruhkan keadaan antara dua pihak dan beliau berpendapat perkara yang berlaku bukanlah isu besar.
“Teman saudaraku dan khususnya masyarakat Indonesia yang mahu saya kembali ke pasukan kebangsaan, tolong hentikanlah bahasa atau komen yang tidak seharusnya diucapkan kepada Sabah, pengurusan dan jurulatih kami.
“Pasukan Sabah tidak pernah menghalang atau memberikan alasan sepertimana tuduhan yang anda lemparkan. Kami semua berusaha untuk mengikuti peraturan FIFA sedia ada.
“Sabah dan saya tiada masalah. Jadi jangan menganggap pasukan ini tidak melepaskan saya. Saya bukan pemain yang istimewa, sama halnya dengan pemain di luar sana. Saya biasa-biasa saja dan tidak banyak yang boleh diharapkan dari saya.
“Indonesia mempunyai ramai pemain berkualiti, bahkan jauh lebih baik dari saya. Anda perlu tahu jurulatih kami bekerja secara profesional dan memperlakukan anak didiknya secara sama rata.
“Saya selalu berdoa dan mengharapkan kejayaan untuk pasukan kebangsaan Indonesia. Saya yakin dengan staf kejurulatihan,” kata Saddil Ramdani.
Sebelum ini, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mahu berjumpa dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam usaha mereka memujuk Sabah untuk melepaskan Saddil bagi beraksi dalam saingan Sukan SEA 2021 di Hanoi.
PSSI mengumumkan senarai 29 pemain yang dipanggil oleh Shin Tae-yong bagi menyertai kem latihan pusat menjelang saingan Sukan SEA dan Saddil menjadi salah satu pemain yang beraksi di luar negara yang dipanggil selain Elkan Baggott, Asnawi Mangkualam, Pratama Arhan, Egy Maulana Vikri, dan Witan Sulaeman.
Akan tetapi, Sabah tidak melepaskan Saddil untuk beraksi di Hanoi kerana menganggap temasya dwi tahunan itu tidak termasuk dalam kalendar FIFA dan mahu pemain sayap itu untuk membantu Sabah dalam saingan Liga Malaysia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Subkhiddin Salleh Anggap Liga Malaysia Belum Bersedia Gunakan Khidmat VAR
Asri Ninggal Ganti Tempat Risto Vidakovic Sebagai Jurulatih Sementara Melaka United