Pengendali dari Bosnia, Risto Vidakovic menjadi jurulatih pertama yang dipecat bagi saingan Liga Malaysia musim 2022 apabila pengurusan Melaka United memutuskan untuk menamatkan kontrak beliau ekoran prestasi pasukan yang kurang memberangsangkan setakat ini.
Menurut laporan Utusan Malaysia, surat penamatan kontraknya telah pun ditandangani oleh pemilik kelab, Datuk Seri Justin Lim kelmarin.
“Khidmat dia (Vidakovic) bersama MUFC ditamatkan bermula kelmarin susulan prestasi pasukan yang hanya mengutip satu mata selepas empat perlawanan dalam Liga Malaysia musim ini. Penamatan kontrak ini adalah hasil persetujuan bersama kedua-dua pihak,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Masalah Tunggakan Gaji Ganggu Fokus Melaka United Dalam Saingan Liga Superhttps://t.co/ugiEh32iXk
— VOCKET FC (@vocketfc) April 6, 2022
Penolong jurulatih, Mohd Asri Ninggal akan mengambil alih tugas pengendali pasukan buat sementara waktu sebelum kelab itu mengumumkan ketua jurulatih baharu dalam masa terdekat.
Setelah menghadapi empat perlawanan Liga Super, Melaka United masih belum mencatat sebarang kemenangan dimana mereka tewas sebanyak tiga kali dan mencatat satu keputusan seri.
Melaka tewas kepada Petaling Jaya City, Sabah dan terbaru ketika berdepan Kuala Lumpur City dan mereka mencatat keputusan seri ketika menentang Penang.
Prestasi hambar ini dikatakan berpunca dari isu tunggakan gaji yang melanda pasukan selama tiga bulan.
Selepas mendedahkan isu tunggakan gaji yang melanda pasukan, Risto Vidakovic menyatakan beliau tidak pernah menghadapi situasi seperti itu bersama mana-mana pasukan lain sebelum ini dan agak terkejut ia berlaku dalam bola sepak Malaysia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.
Jaringan PJ City Disahkan ‘Offside’, Sri Pahang Kerugian Mata Dalam Dua Perlawanan Berturut-Turut
Risau Didenda, Bojan Hodak Tahan Diri Daripada Kritik Mutu Pengadilan
Masalah Tunggakan Gaji Ganggu Fokus Melaka United Dalam Saingan Liga Super
Tiada Lagi Penundaan Perlawanan Jika Pemain Dan Jurulatih Disahkan Positif COVID-19