Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal membawakan aksi saingan Jupiler Pro League, liga divisyen 1 Belgium untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia tidak lama lagi.
Perkara ini telah didedahkan oleh sebuah portal perniagaan sukan terkenal iaitu Sports Business hari ini dimana dalam artikel tersebut ada menyebut bahawa sepak mula hujung minggu pada waktu lewat tengahari di Belgium telah berjaya menarik minat beberapa penyiar dari Asia.
Selain RTM, Mola TV dari Indonesia turut memiliki hak penyiaran Jupiler Pro League di Indonesia untuk tatapan peminat bola sepak dinegara itu melalui platform OTT dan juga platform TV berbayar.
Dengan pengumuman ini, dijangka akan dapat menarik bilangan ‘eye ball’ untuk saingan Jupiler Pro League terutamanya jika Luqman Hakim yang kini bersama KV Kortrijk mampu menembusi skuad utama dan diturunkan dalam perlawanan.
Sehingga artikel ini ditulis, masih tiada sebarang pengumuman rasmi dari pihak RTM sendiri mengenai perkara ini, namun berkemungkinan akan dibuat dalam masa terdekat kepada umum.
Terima kasih RTM!
Kemaskini (19 September 2020): RTM melalui akaun rasmi Twitter telah menjelaskan bahawa RTM tidak mempunyai hak menyiarkan saingan Jupiler Pro League.
Selamat sejahtera. Isu berbangkit berkaitan Jupiler Pro League ini adalah tidak benar kerana pihak RTM tiada hak siaran seperti yang dikemukakan pihak tuan. Mohon kerjasama untuk tidak menyebarkan berita yang tidak sahih. Sekian, terima kasih. https://t.co/8fEEqAoQZK
— RTM Malaysia (@RTM_Malaysia) September 19, 2020
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Sebuah Pasukan Sedang Giat ‘Recce’ Potensi Untuk Memiliki ‘Feeder Club’ Bagi Musim 2021
RASMI: Kelantan FC Jelaskan Semua Hutang Gaji 15 Pemain Sejak Tahun 2017 Dan 6 Bulan Tunggakan 2020
Ini Komen Luqman Hakim Selepas Jaringkan Gol Pertama Dalam Debut Bersama Skuad Senior KV Kortrijk