Pasukan Kelantan FC hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa bayaran tunggakan gaji untuk 15 orang pemain dan jurulatih mereka dari tahun 2017 sehingga 2020, kini sudah diselesaikan.
Pengumuman itu juga turut menyenarai nama 15 orang tersebut seperti dibawah;
- Khairul Fahmi Che Mar
- Brendan Gan
- Sathit Bensoh
- Flavio Beck Junior
- Bruno Lopez
- Alaeddine Bouslimi
- Alessandro Padovani Celin
- Limam Seydi
- Mohd Hisham Jainuddin
- Mohd Hashim Mustapha
- Faris Shah Rosli
- Mohd Nor Farhan Mphamad
- Yusri Che Lah
- Mohd Badri Radzi
- Amiridzwan Taj Tajudin
Dalam kenyataan itu juga, Kelantan FC turut menyelesaikan tunggakan gaji untuk 6 bulan terkini bagi pemain dan pegawai pasukan semasa yang beraksi dalam saingan Liga Perdana.
Jelas dengan perkembangan seperti ini, pemain-pemain dan pegawai pasukan tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak mempamerkan aksi terbaik mereka diatas padang, apabila faktor-faktor yang membelenggu mereka sebelum ini sudah diselesaikan.
Kelantan yang kini berada dikedudukan ke 8 saingan Liga Premier 2020, mungkin mampu merebut kedudukan 4 teratas dengan baki perlawanan yang ada bagi menamatkan musim ini dengan momentum yang tinggi.
Tahniah diucapkan kepada pengurusan baharu pasukan Kelantan FC yang berjaya menyelesaikan masalah utama skuad The Red Warriors seterusnya dijangka akan membawa pasukan ini kembali ‘hidup’ dalam arena bola sepak Malaysia.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Sebuah Pasukan Sedang Giat ‘Recce’ Potensi Untuk Memiliki ‘Feeder Club’ Bagi Musim 2021