Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) hari ini mengumumkan mereka telah kehilangan khidmat pemain pertahanan, Rodney Celvin Akwensivie kerana mengalami kecederaan bahu.
Rodney atau dikenali sebagai ‘Bonai’ telah dibawa ke hospital selepas diusung keluar pada minit ke 27 ketika perlawanan menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam akibat perlanggaran dengan David da Silva.
GET WELL SOON RODNEY!
Rodney Celvin Akwensivie telah disahkan mengalami kecederaan bahu selepas di bawa ke pusat perubatan semalam bagi mengesahkan tahap kecederaan beliau.
Get well soon Bonai! Kita akan sentiasa bersama!https://t.co/cWRiTNOgHL#kdafc #ligasuper2021 #RC3 pic.twitter.com/pDiqtzTsS2
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 22, 2021
Menurut penilaian awal pakar perubatan, Rodney perlu melalui proses rawatan susulan dan proses pemulihan yang menyaksikan pemain itu tidak dapat beraksi dalam baki saingan musim ini.
Berdasarkan rekod, Rodney telah tampil dalam 13 perlawanan bersama skuad itu dan mempunyai 1170 minit permainan setakat ini. Beliau sering menjadi pilihan Aidil Sharin Sahak untuk menggantikan tempat Renan Alves di posisi pertahanan tengah.
Kehilangan pemain berdarah campuran Malaysia-Ghana itu pasti akan dirasai oleh pengendali dari Singapura itu.
“Saya harap ianya tidak terlalu serius. Dia telah dibawa ke hospital ketika ini dan harapnya ia tidak serius agar dia boleh kembali bermain aksi selepas ini atau kemudiannya. Dia adalah tonggak utama pasukan untuk kami,” kata Aidil Sharin.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Liga Super 2021: Perak Semakin ‘Tenat’, Selangor Kekalkan Kecemerlangan
Subkhiddin Salleh: “Pemain Jersi Biru Nombor 7 Perlu Dihukum Dengan Kad Merah”