Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah mengesahkan salah seorang pemainnya, Seo Seonung mengalami kecederaan patah hidung selepas ditendang di muka oleh pemain Kedah, Rodney Celvin.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawah Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi yang mana kecederaan tersebut memerlukan Seo untuk berehat bagi satu tempoh yang agak panjang.

Rodney menendang muka Seo Seonung pada separuh masa kedua ketika Kedah sedang ketinggalan 2-1 yang mana pemain itu memberi reaksi selepas dikasari oleh pemain dari Korea Selatan itu.

Pengadil perlawanan, Muhammad Usaid Jamal tidak teragak-agak untuk terus melayangkan kad merah ke atas bekas pemain Selangor itu dan Rodney bakal terlepas aksi kedua di laman sendiri pada 18 Ogos ini.

Sekiranya skuad kendalian Nafuzi Zain berjaya menewaskan Perak dan mara ke peringkat suku akhir, Rodney masih lagi tidak boleh bermain ekoran penggantungan.

Selepas kejadian semalam, ramai peminat mahu Malaysian Football League (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memberi hukuman berat ke atas Rodney kerana beliau telah menyebabkan kecederaan serius terhadap pemain lawan.

Pada perlawanan semalam, sepakan penjuru Fayadh Zulkifli Amin ditanduk masuk ketua pasukan, Manuel Ott yang tidak dikawal pertahanan Perak.

Jaringan penyamaan dinantikan Perak hadir pada minit ke-47 apabila Luciano berjaya menyempurnakan sepakan penalti walaupun Kalamullah sudah membaca arah sepakan tersebut.

Perak menambah gol kedua hasil tolakan leret Luka Milunovic setelah menerima ‘cutback’ daripada Firdaus Saiyadi bagi meletakkan tuan rumah dihadapan.

Hakimi Isa mematikan api perjuangan pasukan pelawat pada minit ke-87 apabila lariannya setelah menerima umpanan cantik Luciano disudahkan pemain muda itu denhan tenang untuk memastikan kelebihan dua gol dimiliki Perak.