Seperti yang diketahui umum, kelab gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menjalinkan hubungan erat bersama Nike yang menjadi penaja skuad Harimau Selatan bagi menghadapi musim 2021.

Jersi

Hanya dua musim tanpa penajaan daripada jenama terkenal dunia itu [2013 dan 2016] sejak penjenamaan semula JDT pada tahun 2013, Nike sentiasa tampil dengan sentuhan kemas buat juara Liga Super Malaysia tujuh musim berturut-turut tersebut.

Bagi musim baharu ini, Nike masih mengekalkan warna biru bagi mendominasi adunan bersama warna merah di bahagian kolar bulat dan tepi jersi ‘Home’.

Lebih menarik, jersi ini juga diserikan dengan penerapan corak segi tiga untuk menyerlahkan konsep berlian yang menjadi ‘tarikan’ utama kali ini.

JDT

Konsep berlian menjadi pilihan JDT dan Nike bersempena ulangtahun ke-135 mahkota Johor yang bertatahkan lebih daripada 2700 berlian. Selain itu, Johor juga sinonim dengan gelaran ‘Jewel of the South’.

Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah elemen berlian seringkali menjadi tumpuan utama media sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers sebelum video pelancaran dipertontonkan kepada umum pada 24 Februari lalu.

JDT
Jersi ‘Home’ edisi penyokong.

Bagi jersi ‘home’ selain daripada material, terdapat sedikit perbezaan di antara edisi pemain dan penyokong apabila keluaran pemain mempunyai adunan jalur berwarna merah pada sisi jersi dan di hujung lengan pula ada terdapat material berbeza dengan warna biru bagi membuatkan jersi tersebut lebih menarik.

Sama seperti musim lalu, penerapan logo pasukan berunsurkan material getah dengan warna perak seakan-akan berlian yang menjadi lambang keagungan negeri Johor menyerlahkan lagi kegarangan pada jersi JDT pada musim ini dan ternyata cukup berkualiti.

JDT

Dalam pada itu, sejajar dengan kerjasama yang telah dimeterai antara JDT dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Disember tahun lalu, logo badan pertubuhan antarabangsa itu telah diletakkan di hadapan jersi tersebut.

Selain logo Nike dan UNICEF, dua penaja juga kelihatan pada jersi ini apabila ‘font’ Johor Corporation (JCORP) diletakkan di lengan kiri manakala logo Forest City berada di bawah bahagian belakang jersi, sama seperti jersi musim lalu.

JDT

JDT

Tulisan yang digunakan pada jersi kali ini bagaimanapun sedikit berbeza apabila tiada ‘border’ atau ‘outline’ pada perkataan JCORP dan Forest City tersebut.

Sambutan hangat jelas diberikan oleh para penyokong JDT apabila jualan dalam talian yang bermula pada 25 Februari habis dijual tidak sampai satu jam penjualannya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan jersi gergasi bola sepak tanah air ini  melalui pautan dibawah. 

Tidak Sampai Satu Jam, Jualan ‘Online’ Jersi JDT 2021 Sudah Habis Dijual

JDT Lancar Jersi Baharu Hadapi Saingan Musim 2021

JDT Bakal Lancar Video Pengenalan Jersi Yang Lebih Memukau Dan Serba Canggih Pada 24 Februari