Persatuan Bola Sepak UAE (UAEFA) semalam secara rasmi telah memperkenalkan ketua jurulatih baharu mereka iaitu Jorge Luis Pinto yang berasal dari Colombia dalam misi memburu tempat ke saingan Piala Dunia 2022.
Jorge Luis Pinto yang baru sahaja tiba di UAE minggu ini diberikan tugasan yang tidak mudah sebenarnya untuk layak ke pusingan kelayakan seterusnya dengan kini berada dikedudukan ke-4 kumpulan G mengutip 6 mata dari 4 perlawanan.
Dengan misi untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali kedua, Pinto dilaporkan akan menilai segala keperluan dan fasiliti yang diperlukan sebelum membawa skuad itu menjalani latihan di Austria.
Menurut laporan dari portal The National, skuad bimbingan Jorge Luis Pinto itu juga sudah mula dikumpulan dalam sesi pertama latihan semalam, dan kem tersebut akan dijalankan selama 6 hari bagi melihat skuad dengan lebih teliti.
لويس بينتو : أريد أن أترك بصمتي على كرة الإمارات
التفاصيل🔽https://t.co/HCqK9ZszC6#منتخب_الإمارات
— UAE NT منتخب الإمارات (@UAEFNT) July 22, 2020
Bagi Jorge Luis Pinto, skuad ini adalah pasukan kebangsaan ke-4 yang dibimbingnya dan merupakan tugasan pertama beliau diluar Amerika Latin.
Reputasi beliau ‘mencanak’ apabila berjaya membawa pasukan Costa Rica layak ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2014 di Brazil selepas muncul juara kumpulan yang dianggotai oleh ‘heavyweight‘ seperti Italy, England dan Uruguay.
“Apa yang mereka (UAE) perlukan adalah untuk mengambil langkah seterusnya dalam bola sepak, menjadi lebih protagonis, meninggalkan impak dan dilihat oleh dunia. Saya suka melihat apa yang pemain miliki ketika ini. Dari sudut teknikal, hanya ada beberapa perkara yang masih tidak mencukupi.”
Estoy muy emocionado de asumir este reto con la @uaefa_ae, gracias al presidente, al secretario general y a todo el comité ejecutivo de la federación. Cuenten con el compromiso y trabajo incansable de mi parte y de todo el cuerpo técnico. pic.twitter.com/oXHFqHRtRK
— Jorge Luis Pinto A. (@JorgeLPintoA) July 22, 2020
Skuad UAE akan menanti kunjungan Malaysia di Dubai pada 8 Oktober 2020 dan ini adalah perlawanan kompetitif pertama Jorge Luis Pinto yang amat kritikal serta boleh dikatakan bakal menentukan masa depan pasukan itu dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.
Pastinya Malaysia tidak akan memberikan laluan mudah untuk Jorge Luis Pinto dan Tan Cheng Hoe selaku pengendali tempatan tunggal dalam kumpulan G bakal membuktikan sekali lagi bahawa reputasi di Piala Dunia bukan faktor untuk digeruni oleh Harimau Malaya.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Kisah UltraSel Menaja Pasukan Selangor FA Tarik Perhatian Media Sukan Terbesar Di Thailand