Nama penyerang import dari Australia, Gus Cerro mungkin generasi muda tidak ramai yang tahu mengenainya, namun aksi beliau diatas padang ketika bersama pasukan Pahang dan Negeri Sembilan kira-kira 25 tahun dahulu pasti menggamit kenangan peminat bola sepak yang berusia dalam lingkungan 30 tahun keatas ketika ini.

VOCKETFC berkesempatan untuk menemubual Gus Cerro yang kini berada di Sydney, mengenai beberapa perkara semasa beliau menabur bakti bersama Pahang dan Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, dengan tujuan memberikan sedikit pendedahan kepada peminat liga bola sepak Malaysia terutamanya Pahang dan Negeri Sembilan.

Teruskan membaca, temubual eksklusif kami dengan Gus Cerro dibawah.

Gus Cerro: Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk mengembalikan nostalgia saya di Malaysia. Terlalu banyak pengalaman manis dan saya memerlukan beberapa jam untuk reminisce. Bagaimanapun, pertama sekali saya boleh katakan saya mempunyai hubungan baik dengan semua rakan-rakan dan orang yang saya jumpa selama ini.

Rakan sepasukan, pegawai-pegawai serta penyokong-penyokong memberikan layanan baik sepanjang bersama skuad itu.

c22310ae-adff-407c-9492-7ba6e526956e

Pasukan Pahang ketika itu adalah sebuah pasukan yang cukup berpengalaman, dan saya rasa saya perlu rate skuad ini sebagai salah sebuah pasukan terbaik dalam karier saya terutama selepas kami berjaya menjuarai liga dan bertandingan dalam perlawanan akhir semua kejohanan.

Kami bagaimanapun kurang bernasib baik dalam kejohanan Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia tetapi layak ke perlawanan akhir itu adalah satu pencapaian yang membanggakan.

Pahang ketika itu merangkul anugerah MILO Fair-Play kerana kami merupakan sebuah pasukan yang memiliki rekod disiplin paling baik pada tahun itu.

Ketika bersama Pahang, dari sudut pandangan peribadi anda sendiri, siapa pemain yang paling berpengaruh pada ketika itu dan kenapa?

Gus Cerro: Sukar untuk saya untuk memilih seorang kerana ia adalah kombinasi satu pasukan, kita tidak mampu buat seperti yang telah kami capai tanpa sumbangan dari setiap pemain sebenarnya.

Kami bagaimanapun memiliki beberapa orang pemain yang sangat berbakat, individu yang berpengalaman yang memberikan tunjuk ajar kepada pemain muda ketika itu.

b75a6283-1271-4e91-aea9-dfdd185b1d4b

Pada masa itu saya berusia 25 tahun, dan rakan saya dibahagian tengah adalah ‘The Amazing Azizul’ dan kami berdua boleh dikatakan muda serta penuh bertenaga. Tetapi, kami juga mempunyai pemain yang bijaksana dan berbakat seperti Alan Davidson, Ahmad Yusof, Azahar serta Muadzar Mohamad yang menjadi benteng pasukan.

Kami bermain dengan formasi 1-3-4-1-2. Igor Shkvyrin dan Dollah Salleh berada didepan dengan Zainal Abidin roaming dibelakang. Kami juga ada Shahruddin di posisi bek kanan, dan Zulhamizan Zakaria sebagai bek kiri melakukan overlap secara konsisten.

Pasukan pada ketika itu memiliki depth yang amat baik dengan beberapa pemain muda sedia menggalas tugas jika diperlukan.

Jika anda diminta untuk memilih seorang pemain tempatan terbaik dalam skuad Pahang 1995, siapa dan kenapa dia yang anda pilih?

Gus Cerro: Sekali lagi, kami ada skuad yang amat berbakat, tetapi saya tidak akan dapat lupakan Azizul Kamaludin dibahagian tengah beraksi bersama saya.

Dia adalah seorang individu paling tenang, santai dan bersahaja, yang kurang bercakap sepatah perkataan pun. Saya rasa dia kurang bercakap dalam bahasa Inggeris. Work rate Azizul adalah satu fenomena dan dia memiliki kemahiran yang cukup mengagumkan.

15440462_909524002517795_1218185914895313436_o

Saya masih ingat ketika kami dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk satu perlawanan dan Azizul tiada bersama skuad ketika itu. Kami tanya kepada abangnya dimana Azizul dan dia beritahu Azizul tengah tidur! Azizul memandu sendiri ke Kuala Lumpur tetapi itu adalah karektor sebenar dia.

Selain itu, saya juga meminati kombinasi Dollah Salleh dan Zainal Abidin, dan boleh dikatakan mereka ini memang tahu diantara satu sama lain ‘atas bawah’. Saya amat bertuah dapat beraksi bersama mereka.

Zainal Abidin pula adalah pemain yang selalu dibenci oleh pasukan lain. Setiap kali kami bermain ditempat lawan, kami akan masuk ke padang memeriksa keadaan padang dan ketika itu dia sentiasa menjadi tumpuan penyokong lawan. Dia mempunyai satu karektor istimewa dan pemain yang hebat, musim itu Zainal jaringkan 17 gol seingat saya.

Ada seorang pemain dalam skuad Pahang pada ketika itu yang sangat jauh meninggalkan pemain-pemain lain yang pernah saya beraksi bersama dan dia adalah Alan Davidson. Dia bukan sahaja seorang yang hebat tetapi juga cukup lengkap.

Saya banyak belajar dari dia dan Alan adalah seorang manusia yang luar biasa. Jika tidak kerana Alan Davidson saya tidak rasa akan kekal lama di Malaysia. Dia tidak sahaja mengubah saya sebagai seorang pemain tetapi juga mengubah kehidupan saya.

Jika anda mahu berjaya dalam hidup, dari apa yang saya pelajari, anda perlu bergaul dengan orang-orang hebat dan Alan Davidson adalah one of the best!

Musim 1995, Pahang tumpas kepada Sabah dalam perlawanan akhir Piala FA. Scott Ollerenshaw adalah penyerang mereka ketika itu. Sejauh mana hubungan anda dengan beliau jika boleh dikongsikan?

Gus Cerro: Scott Ollerenshaw adalah sahabat seumur hidup saya, hubungan persahabatan itu semakin kukuh apabila kami beraksi bersama di Negeri Sembilan beberapa musim selepas itu.

Pertama kali saya dengan Scott berjumpa adalah ketika berusia 14 tahun dan kami bertemu dalam satu perlawanan di kejohanan peringkat kebangsaan di Sydney dan selepas itu ia terus berlaku dalam banyak perlawanan selepas itu.

Pada 2007, dia menjadi tuan rumah kepada akademi saya untuk kejohanan Borneo Cup.

Baru-baru ini saya ada di Malaysia dan melawat Alistair Edwards di JDT serta beberapa hari di Kuala Lumpur dimana saya ada berjumpa dengan beberapa bekas rakan sepasukan di Negeri Sembilan.

Sabah

Apabila Scott Ollerenshaw, Alan Davidson dan saya turun beraksi, kami sentiasa akan kompetitif diantara satu sama lain. Kami bersaing dalam segala benda. Dia (Scott Ollerenshaw) mungkin menang dalam perlawanan itu tetapi kami berjaya revenge kembali dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 1995 – Sabah kalah diperingkat separuh akhir kepada Pahang.

25 tahun kemudian, kami bertiga masih lagi sahabat baik dan sentiasa berhubung diantara satu sama lain. Kadang-kadang Alan Davidson datang ke rumah saya dan menginap kalau dia ke Sydney.

Pahang almost muncul sebagai juara treble pada 1995, dan musim berikutnya anda menyertai Negeri Sembilan. Punca utama perpindahan itu?

Gus Cerro: Itu adalah bukan datang dari saya.

Saya mahu kekal bersama Pahang ketika itu namun malangnya pihak FAM telah menukar kuota pemain import kepada 2 pemain sahaja. Alan Davisdon masih mempunyai kontrak 2 tahun dan Pahang mahu mendapatkan seorang penyerang baru, jadi saya dipinjamkan ke Negeri Sembilan.

gus_ce10

Saya berjaya di Negeri Sembilan dan akhirnya beraksi selama 3 musim bersama pasukan itu. Ironinya, penyerang yang Pahang ambil musim itu Alberto Naves, amat jarang diturunkan dalam perlawanan!

Bersama Negeri Sembilan, siapa pemain tempatan yang berpotensi menjadi pemain yang hebat ketika itu?

Gus Cerro: Negeri Sembilan ketika itu mempunyai skuad yang sangat muda yang mampu berlari tanpa henti tetapi memerlukan tunjuk ajar dan saya fikir saya telah berjaya membantu menstabilkan pasukan serta mungkin itu punca kami berjaya pada musim itu.

The Zainal Brothers‘, Faizal dan Khairil adalah pemain yang menonjol ketika itu disamping B. Rajinikandh dan juga Azmi Mohamed disebelah kanan yang berjaya mencipta gandingan hebat bersama saya.

71eecff4-e38a-4c21-a6ec-89d6fba24a1c

Rosli Omar yang ketika itu adalah kapten kami, mempunyai etika kerja yang amat terpuji disamping Ching Hong Aik disebelah kiri. Ia tahun yang amat bermakna untuk pasukan namun saya telah mengalami kecederaan lutut yang serius selepas 18 perlawanan dan kami terlepas kejuaraan liga pada perlawanan terakhir musim 1996.

Ketika saya mengalami kecederaan, Negeri Sembilan mendahului kedudukan dengan perbezaan 6-8 mata. Kalau saya tidak cedera, pasti kami sudah mendakap kejuaraan itu. Apa yang boleh saya katakan adalah, ia merupakan tahun saya bermain dengan baik sepanjang karier bola sepak saya selepas musim yang cemerlang bersama Pahang dimana banyak saya belajar disana.

Pengalaman paling best yang anda lalui dan nikmati ketika bersama Negeri Sembilan?

Gus Cerro: Saya rasa ketika melihat penyokong Negeri Sembilan menjadi gila ketika kami memulakan musim dengan bergaya sekali.

Sebelum musim 1996 bermula, penyokong Negeri Sembilan ada memberitahu saya bahawa Negeri Sembilan tidak cukup bagus dan kami akan menamatkan musim ditempat tercorot liga!

Seperti biasa, saya cakap kepada mereka ‘Wait and see.

Selepas musim 1996 membuka tirai, saya telah diminta untuk memberikan pandangan. Expectation pada ketika adalah jelas iaitu mengelakkan pasukan dari tersingkir dari liga dan tamatkan saingan dikedudukan setinggi yang boleh untuk layak ke saingan Piala Malaysia.

gus-cerro

Saya bangun dan mengatakan bahawa sasaran saya musim ini (1996) adalah untuk menang semuanya. Ketika itu pihak persatuan (PBNS) kurang percaya Negeri Sembilan mampu melakukan apa yang telah kami capai pada musim tersebut.

Bersama seorang lagi pemain import yang saya ‘desak’ ketua jurulatih M.Karathu ambil ketika itu, Jose Iriarte, saya fikir telah berjaya mengubah pasukan dengan cepat ketika itu. In life anything is possible.

Secara keseluruhannya, selepas beraksi beberapa musim dalam Liga Malaysia, apa kesukaran yang anda pernah rasa tidak kisah dari sudut apa sekalipun yang boleh dikongsikan.

Gus Cerro: Paling berat adalah anda mampu melihat potensi yang ada dalam bola sepak Malaysia, tetapi seperti dalam sistem paling berkuasa sekali pun, akan sentiasa ada elemen politik yang menghentikan progress sebenar daripada berlaku.

Self-interest serta personal opinion adalah tidak ideal dalam kemajuan permainan profesional. Malaysia pada ketika itu baru sahaja melalui zaman skandal rasuah, dan ia kembali bangkit.

Dapat diperhatikan bahawa orang yang membuat keputusan penting adalah bukan pakar bola sepak, banyak pasukan yang beroperasi dibawah kerajaan tempatan (negeri), jadi dengan situasi ini anda akan melihat bahawa setiap kali pilihanraya, akan ada orang baru yang ambil alih pasukan.

Ada keperluan profesionalism yang sangat tingi diperlukan jika Malaysia mahu muncul sebagai competitor di peringkat antarabangsa.

Dari apa yang saya kumpulkan dan alami sendiri ketika kunjungan ke Malaysia baru-baru ini, serta dari pembacaan yang telah dibuat, HRH TMJ telah berjaya merevolusikan JDT dan meletakkan satu standard baru kepada bola sepak Malaysia.

Jika semua pasukan tidak mula melabur dalam profesionalism serta pembangunan bakat muda, JDT akan meneruskan dominasi dan itu tidak baik untuk bola sepak dan juga penyokong.

Ia akan menjadikan pertandingan lebih kepada one-horse race. Tujuan bola sepak adalah untuk mempertingkatkan secara berterusan dan menyediakan peluang yang bagus kepada kanak-kanak di Malaysia untuk menjadi pemain profesional tetapi lebih penting lagi adalah membolehkan mereka memiliki life skill yang diperlukan untuk wujud bersama dalam komuniti.

Pengalaman Padu Diversity Di Malaysia Oleh Gus Cerro.

Tidak seperti di Australia, bola sepak di Malaysia adalah sukan no.1 dan saya mempunyai tahun-tahun yang marvellous yang diterjemahkan sebagai the best football experience dalam karier saya.

Kemuncaknya adalah kedua-dua anak saya ‘made in Malaysia’, dimana anak sulung saya kini terlibat dalam industri muzik dan akan mewakili Australia di pertandingan nyanyian Eurocontest tahun hadapan. Anak kedua saya kini merupakan seorang pengurus restoran pada umur 22 tahun.

Kedua-dua mereka kini telah inherited my ambition dan mereka bangga memiliki latar belakang multicultural. Isteri saya mempunyai kacukan Sepanyol-Filipina, dan saya pula mempunyai warisan dari Argentina-Perancis-Sepanyol. Malaysia telah membolehkan saya menikmati satu pengalaman indah budaya dan komuniti, kami rasa selamat dan selesa dimana sahaja kami pergi.

Tidak apa yang mampu menghuraikan Malaysia lebih baik dari satu pengalaman saya dan isteri alami satu ketika dahulu.

Ketika kami memandu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan pada hari off-day, kereta kami pancit dan malangnya kami tersadai di lokasi tersebut. Kami tidak mempunyai peralatan yang untuk membuka nat tayar kerana ada orang yang ambil dari kereta yang disediakan oleh pasukan!

Saya mula menahan beberapa kereta untuk meminta bantuan, dan selepas itu saya sedar bahawa ada 10 buah kereta yang berhenti cuba memberikan pertolongan tetapi semuanya tidak mempunyai peralatan mengikut saiz nat tayar kereta saya.

Kami kagum dengan bilangan orang yang selflessly berhenti dan cuba memberikan bantuan.

Selepas itu ada seorang perempuan yang sangat baik membawa isteri dan anak saya ke pejabatnya disebuah tapak pembinaan yang kini adalah KLIA!

Seorang lelaki Cina pula membawa saya ke kedai hardware yang jauh dari lokasi kereta dan beliau menolak duit yang saya hulur walaupun saya cuba memasukkannya kedalam poketnya.

Kemudian, kami kembali ke tempat kereta tersadai dan lelaki Cina itu tidak benarkan saya menukar tayar, ketika itu cuaca amat panas dan dia tidak mengizinkan – he said NO. Akhirnya, selepas semuanya selesai, saya sekali lagi cuba untuk memberikannya duit atas semua penat lelah dan masa tetapi dia terus berkeras menolaknya.

Dia tidak tahu siapa saya. Ketika dalam perjalanan ke kedai hardware lelaki itu bertanyakan apa perkerjaan saya dan menjawab pemain bola sepak. Apa yang menarik, lelaki itu membalas “you make money from that?”

Saya selepas itu terus menjemput isteri dan anak saya dari pejabat wanita tersebut dimana dia telah membeli makanan tengahari serta menjaga mereka dalam keadaan yang selesa. Kami kembali menaiki kereta dan melihat antara satu sama lain, speechless untuk 10 minit.

Kami teruja selepas menceritakan pengalaman masing-masing ketika itu, dan kami merasa amat bersyukur. Ini adalah kerana jika kes yang sama berlaku di Australia, saya akan berjalan berkilometer mencari telefon tanpa ada siapa pun berhenti memberikan bantuan. By contrast Malaysian’s are very caring. We loved our time there.

Kini, anak-anak saya sudah pun mula meninggalkan rumah dan saya pun mula merancang untuk kembali ke Malaysia atas kapasiti jurulatih. Sehingga kini sudah ada beberapa perbincangan awal tetapi semua masih belum mencapai apa apa persetujuan yang konkrit.

Kepakaran saya adalah dalam pembangunan pemain remaja dan ia adalah sesuatu yang saya minati. Satu hari nanti saya mahu mencipta kejayaan sekali lagi di Malaysia!