Manchester City mengumumkan bahawa penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab mereka, Sergio Aguero akan meninggalkan kelab selepas kontrak beliau tamat pada akhir musim ini.
Berita itu pastinya disambut dengan rasa sedih oleh peminat City namun mereka mengharapkan yang terbaik buat legenda kelab itu.
Dalam satu kenyataan rasmi oleh kelab, Ketua Urusan Man City, Khaldoon Al Mubarak menyatakan: “Sumbangan Sergio kepada Manchester City selama 10 tahun terakhir tidak dapat diteruskan lagi.”
“Kelegendaan beliau akan terpahat dalam ingatan semua orang yang mencintai kelab dan mungkin juga pada mereka yang suka bola sepak.”
Khaldoon juga mengumumkan Aguero akan diabadikan dengan tugu di hadapan Stadium Etihad bersama sama dengan David Silva dan Vincent Kompany.
Sergio Aguero will be honored with a statue outside the Etihad alongside statues currently in progress for Vincent Kompany and David Silva 🙌 pic.twitter.com/gTyR6xbaNI
— B/R Football (@brfootball) March 29, 2021
Aguero merupakan pemain yang menjaringkan gol saat akhir sensasi ke atas QPR ketika membantu kelab menjuarai EPL pertama mereka selepas 44 tahun. Di mana ketika itu, persaingan hari terakhir, jika seri, Man United akan bergelar juara.
Ketika di Old Trafford sudah siap sedia meraikan kejayaan, Aguero berjaya merampasnya dengan gol ikonik.
Sergio Aguero will forever be a great for this goal.
— HLTCO (@HLTCO) March 29, 2021
Aguero memutuskan untuk meninggalkan City selepas 10 musim bersama kelab. Di mana beliau membantu kelab memenangi 4 EPL, serta 1 Piala Liga , 5 Piala FA. Beliau masih berpeluang menambah koleksi itu kerana City masih kekal bersaing dalam beberapa pertandingan termasuk UCL. Dengan EPL yang sudah pasti milik mereka musim ini.
Aguero dalam kenyataan rasmi beliau menyatakan bahawa ianya adalah satu perasaan sangat bangga dan kepuasan dapat mewakili City selama 10 musim penuh. Perkara yang dianggap luar biasa pada pemain profesional pada hari ini untuk kekal di sesebuah kelab selama itu.
Aguero menjaringkan 257 gol dalam 384 penampilan untuk kelab – dan menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman.
Aguero berkata: “Apabila kitaran ini berakhir, banyak perkara sensasi bangkit.”
“Rasa bangga dan kepuasan tak terhingga dalam diri, bermain untuk Manchester City sepanjang 10 musim – perkara luar biasa untuk pemain profesional pada hari dan era ini.”
“10 musim dengan banyak pencapaian bersar, sepanjang itu, saya berjaya menjadi penjaring gol terbanyak yang bersejarah, menguatkan hubungan yang tidak mampu dihancurkan – dengan mereka yang mencintai kelab ini – mereka yang akan terus berada dalam hati ini.”
Aguero was a revelation in the Premier League 🔥pic.twitter.com/JiC3jD1mHF
— GOAL (@goal) March 29, 2021
“Saya menyertai kelab ini pada era pembinaan semula pada 2011, dengan bimbingan daripada pemilik dan sumbangan ramai pemain lain, kita menempatkan diri di kalangan yang terbaik di dunia.”
“Tugasan untuk mengekalkan kehormatan selayaknya ini akan digalas pemain lain.”
“Dan untuk saya, saya akan terus memberikan yang terbaik untuk baki musim ini dan memenangi lebih banyak piala dan kegembiraan kepada peminat.”
“Kemudian, fasa cabaran baharu akan bermula. Dan saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapinya dengan semangat yang dan profesionalisme yang sama – yang saya sentiasa dedikasikan – untuk terus bersaing di peringkat tertinggi.”
Baca juga perkembangan lain
Logo Baharu RFEF Ini Ambil Masa Setahun Setengah Untuk Disiapkan, Namun Peminat Tak Gembira
Kerajaan Dan FA Jerman Sokong Tindakan Protes Pemain, Kimmich Tak Setuju Boikot Piala Dunia Qatar
Xavi: Joachim Low Calon Terbaik Kendalikan Barca Kerana Falsafah Bola Sepaknya