FA Sepanyol (RFEF) melancarkan logo baharu persatuan mereka pada baru baru ini. Dan ianya mendapat kritikan dan troll daripada peminat mereka sendiri.

FA Sepanyol yang berniat mahu menonjolkan konsep minimalis, moden dan kemas, telah mendapat respon yang mereka tak jangkakan.

Logo RFEF sebelum ini dianggap antara logo paling ikonik dalam sejarah mereka dengan banyak kejayaan dikecapi bersamanya.

Presiden RFEF, Luis Rubiales berkata: “Kami mahukan imej yang gah dan kita berharap ianya akan bersama dengan kita mengecapi kejayaan di masa akan datang.”

“Jenama kita harus maju ke hadapan dengan elegan dan ringkas, tetapi berpengaruh. Kita mahu ianya menjadi penanda aras. Harap jenama baharu kita ini akan menjadi pendamping kepada lebih banyak kejayaan penting.”

RFEF menyatakan bahawa logo 4 huruf di dalam kotak segi empat itu mengambil masa setahun setengah untuk dibangunkan dan dinilai seteliti mungkin. Menurut pengarah kreatif RFEF yang mengepalai rekaan ini, hasilnya sangat memuaskan kerana saling berjalinan dan disusun secara arkitektual.

Coppel menjelaskan bahawa logo ini adalah simbol kepada sikap progresif RFEF untuk terus bergerak maju ke hadapan.

Tetapi di mata peminat logo itu hanyalah rekaan seorang yang malas berfikir. Di ruangan komen dibanjiri kritikan dan kejian daripada peminat.

Ada juga yang menganggap logo itu inspirasi dari UNIQLO.

https://twitter.com/PaulMarried/status/1374338217823068165

Joshua Jones menganggap rombakan logo oleh RFEF sebagai yang paling teruk di dalam sejarah.

Sebelum ini Juventus juga tampil dengan penjenamaan semula logo yang minimalis. Awalnya ia juga mendapat kritikan yang teruk. Namun lama kelamaan peminat semakin menerima.

Baca juga artikel lain

Kerajaan Dan FA Jerman Sokong Tindakan Protes Pemain, Kimmich Tak Setuju Boikot Piala Dunia Qatar

Xavi: Joachim Low Calon Terbaik Kendalikan Barca Kerana Falsafah Bola Sepaknya

Jaringan Kemenangan Masa Kecederaan Ronaldo Tidak Dikira, Pengadil Minta Maaf