Berdasarkan pengumuman rasmi yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bahawa perlawanan Liga Super, Liga Premier, M3, M4, Piala Belia & MPFL 2020 pada Jumaat, Sabtu & Ahad ini akan berlangsung tanpa penonton.
Seterusnya, berkuatkuasa Isnin, 16 Mac 2020, semua pertandingan anjuran FAM & MFL termasuk perlawanan Piala FA & Piala Presiden 2020 adalah ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan ditetapkan kemudian.
“Setelah melihat perkembangan selama 2 minggu ini, kita telah memanggil mesyuarat diantara pihak FAM dan MFL semalam dan telah membincangkan secara khusus tentang isu ini.
“Dan didalam keputusan tersebut, kita juga telah bersetuju untuk memanggil mesyuarat pada hari ini dimana dihadari oleh beberapa exco FAM dan juga MFL, kerana kita mahu membuat satu keputusan yang sama diantara FAM dan MFL.
“(Mesyuarat) ini juga dihadiri oleh Kementerian Kesihatan, ISN, MSN, Wakil penaja-penaja disamping wakil dari rakan kongsi LIga Super dan LIga Perdana.
“Saya ingin menjelaskan juga keputusan yang diambil ini adalah untuk kebaikan pemain-pemain pasukan dan penyokong yang terlibat secara terus dalam industri bola sepak negara.”
“Jadi oleh sebab itu FAM dan MFL telah membuat keputusan selepas berbincang dengan rakan kongsi dan pihak penaja berkenaan isu COVID-19.”
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Kehadiran Penonton Ke Stadium Perlawanan Ke-3 Menurun Lebih 50%, 4 Venue Bawah 1000 Penonton