Ketua jurulatih Selangor, B.Sathianathan tampil dengan kenyataan yang mungkin menggambarkan kekecewaan serta perasaan geram beliau terhadap komen-komen yang berbaur perkauman yang dilontarkan terutamanya di media sosial terhadap pemain Selangor sehingga memberikan kesan emosi kepada anak buahnya.

Semalam, sejurus tamat perlawanan Selangor bertemu Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkesudahan seri 1-1, B.Sathianathan dengan tegas menyatakan pendirian beliau terhadap isu pemainnya yang dipanggil ‘keling’.

Dalam sidang media selepas perlawanan mengenai prestasi pemainnya ketika berdepan Perak dalam perlawanan kedua Liga Super, jurulatih itu memuji persembahan beberapa pemainnya termasuk pemain pertahanan kiri, K. Prabakaran.

Namun beliau tidak dapat menerima tuduhan yang mendakwa pemilihan Prabakaran untuk beraksi dalam kesebelasan utama adalah disebabkan pemain itu sebangsa dengannya.

“Dalam Facebook, dia orang kata saya pilih bulu. Pilih bulu ni datang dari seorang ex player.”

“Pilih bulu ni saya nak tanya, adakah salah saya letakkan seorang keling macam saya? Keling bukan pemain bola?”

“Saya nak tanya orang Facebook, cara dia tulis macam tak pergi sekolah langsung. Dah berapa tahun kita dah..62 tahun merdeka, masih lagi maki guna perkataan keling lah, anjing. Itu fans ke?”

88967491_3526266950779118_7468401498666303488_o

Menurut beliau lagi, orang-orang seperti ini lebih gemar menghabiskan masa di kedai kopi, minum teh tarik 3-4 jam dan memberikan komen sebegini kepada pemain-pemain.

“Saya 62 tahun, saya datang dari kampung melayu, saya duduk dengan orang Melayu, saya tak pernah dengar macam ni. “

“Tapi orang kutuk ni sekarang. Woo..Gila lah!

“Ini budak tak sekolah punya. Sekolah pun yang campur dengan Melayu je. Tak pernah campur dengan apa perkataan dia pakai..keling. Masih lagi saya degnar keling.”

“Ei..pakai otak sikit lah. Selangor pada tahun-tahun yang mereka berjaya, saya berani cakap sini, saya boleh lawan sapa-sapa., 4-5 India, 3 Cina, 4 melayu main dalam satu team, they become champion.”

“Masa saya di Kelantan, saya letak 2 keling, mereka juara. Itu Kelantan, Kelantan patut orang Kelantan. Ini (di Selangor) tak boleh terima.

Kesan dari perkara seperti ini telah menyebabkan Prabakaran merasa takut untuk turun beraksi serta telah memberikan kesan emosi terhadap keluarganya yang lain terutama isterinya.

“Budak tu nak turun pun takut. Pasal apa? Dia baru kawin, bini dia baca. Macam mana awak rasa? Eh, guna otaklah sikit.”

“Tapi orang lain buat silap, mat salleh buat silap, tak ada apa-apa. Tapi keling, orang kata gelap tak nampak, tapi ini nampak? Saya berani lah, kalau apa-apa cakaplah.”

“Tapi perkataan keling dan anjing tak boleh digunakan dalam Facebook. Saya patut report ke polis. Bodoh, tak sekolah.”

Ditanya mengenai apa yang telah beliau beritahu atau nasihatkan kepada pemain tersebut, B.Sathianathan menyatakan beliau tidak mahu pemainnya mengikuti orang-orang seperti ini.

“Saya rasa mereka ini semua bodoh. Jangan follow stupid people. I don’t read facebook but people sent it to me. I don’t read Facebook but the boy is down. I don’t get this from Perak’s Partiban. Tak ada pun.”

“Yang i respect penyokong Selangor yang datang ke stadium, bukan Facebook. Ada yang suka baca facebook, ini yang masuk dalam kepala.”

“Tapi dia akan aim pasal saya keling, 2 keling tu anak buah saya lah, pilih bulu lah. Cakap dengan saya siapa saya ada?”

“Saya ada Praba, saya mintak seorang lagi pemain saya tak dapat. Takkan saya nak letak budak yang orang kata AMD AMD AMD. Eh, belum lagi, itu 2-3 tahun lagi itu pun kalau tak besar kepala. Saya ada satu budak tu Azrin, tapi dia belum sedia lagi. Mungkin boleh letak dia dalam 10 atau 20 minit terakhir.”

“So, siapa ada lagi? Saya nak letak 1 lagi left back, Thamil pulak tu, India lagi.

Dengan apa yang dikatakan oleh B.Sathianathan itu, jelas memperlihatkan bahawa ada segelintir penyokong yang masih lagi tidak bermoral yang telah mencetuskan gangguan emosi kepada pemain pasukan sendiri dan ini perlu dielakkan jika mahu melihat bola sepak kita lebih maju.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Penerbit Drama Jersi Lap Air Kencing Mohon Maaf Kepada Penyokong Liverpool Di Malaysia

Kelibat Marlon Alex James Memakai Jersi Malaysia Di Union Island Cetus Perasaan Teruja Peminat Bola Sepak

JDT Jana Pendapatan Lebih RM800,000 Dalam Masa 4 Hari, Tarik Hampir 60,000 Penyokong Ke Stadium