Tamat 3 perlawanan pertama saingan CIMB Liga Super dan Liga Premier Malaysia 2020, angka kehadiran penonton ke stadium menyaksikan perlawanan – seperti dijangka, menurun secara konsisten.
Salah satu faktor utama mungkin kebimbangan mengenai penularan COVID-19 serta ramai yang cuba mengelak untuk menghadiri acara yang melibatkan orang ramai.
Berdasarkan perbandingan angka peratusan kehadiran, pada perlawanan ke-3 peratusan terus menjunam kepada -52.8% berbanding perlawanan pembukaan dan -35.85% berbanding dengan perlawanan ke-2 minggu lalu.
Untuk perlawanan ke-3 ini, seramai 33,658 orang hadir ke stadium menyaksikan perlawanan CIMB Liga Super dimana Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) muncul sebagai venue paling ramai dengan catatan 17,200 penonton.
Bagi perlawnan Liga Premier Malaysia 2020 pula, seramai 14,914 orang penonton telah hadir ke semua 6 venue perlawanan, dimana perlawanan Kelantan FA bertemu Kelantan United mencatatkan kehadiran paling tinggi dengan 10,315 orang direkodkan.
4 Venue Rekodkan Kehadiran Dibawah 1,000 Orang Penonton.
Dari kesemua 12 venue perlawanan, 4 daripadanya mencatatkan kehadiran dibawah 1,000 orang penonton.
4 venue tersebut adalah;
- Stadium KLFA, Cheras: Selangor II bertemu Sarawak United FC
- Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi: N.Sembilan bertemu UKM FC
- Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin: JDT II bertemu Kuala Lumpur
- Stadium Tun Abdul Razak, Jengka: Felda United bertemu Melaka
Secara puratanya pula, saingan CIMB Liga Super LS3 merekodkan 5,595 orang manakala Liga Premier pula mencatatkan 2,486 orang penonton bagi perlawanan ke-3 minggu ini.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Liga Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.